Sunday, November 9, 2008

Amerika & Malaysia Jauh Bezanya



Saya amat tertarik dengan kemenangan Calon Demokrat Barrack Obama yang telah diisyhtiharkan menang sebagai Presiden Amerika yang ke 44 seminggu yang lalu didalam persaingan sengit jawatan Presiden dalam kempen sejak 2004 lagi, sebenarnya saya banyak mengikuti perkembangan yang berlaku di Amerika semenjak kebelakangan ini hanya disebabkan oleh Obama, samatelah lagi membeli buku-buku karya beliau seperti "audicity of hope" dan "dream from my father".


Ini bukanlah bermakna saya menyokong Amerika atau dasar-dasarnya yang ternyata dibawah kepimpinan George W. Bush yang banyak menekan negara-negara islam seperti Iraq, Iran dan Afghanistan, tetapi saya amat tertarik dengan karektor dan personaliti beliau serta kesungguhan yang telah beliau tunjukkan sebagai Calon Demokrat yang termuda berusia 47 tahun selain daripada Presiden John F. Kennedy Jr. didalam persaingan yang begitu hebat yang telah dihadapi beliau yang memungkinkan beliau berada ditempatnya sekarang disamping visi dan misi untuk menyelamatkan Amerika daripada keruntuhan ekonomi yang berterusan sepertimana yang melanda negara itu pada hari ini.


Ternyata Obama mencipta sejarah yang tersendiri dengan menjadi pemimpin kulit hitam yang pertama dalam sejarah selama 232 tahun kewujudan Amerika Syarikat itu sendiri selepas seorang tokoh kulit hitam juga iaitu Martin Lurther King Jr. yang tersohor dengan ucapan beliau pada 28 ogos 1963 "i have a dream'' di Washington D.C. yang ternyata memberikan semangat kepada beribu-ribu orang sepertimana obama tentang kesedaran untuk tidak menidakkan hak-hak orang kulit hitam di Amerika Syarikat seperti mana yang diperjuangkannya. Kini setelah lebih 40 tahun, ternyata cita-cita Martin Lurther King Jr. telah tercapai.


Apabila mimpi ini ternyata terjadi disebalik perjuangan yang sekian lamanya, terdengar suara sinis dalam negara kita Malaysia tentang kesedaran yang sama untuk melihat bangsa lain berada ditampuk pemerintahan dalam negara. Ini adalah merupakan satu sindrom perbandingan yang amat bahaya bagi sesebuah negara seperti Malaysia yang ternyata hak-hak kesamarataan tersebut tidak termaktub didalam perlembagaan yang disokong oleh semua parti politik komponen yang memerintah negara melalui BN (dahulunya Perikatan) yang termaktub juga dalam konteks kontrak sosial yang tidak boleh dipertikaikan walaupun didalam perlembagaan tidak menyebut bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah semestinya dari Kaum Melayu dan Islam.


Dari segi persefahaman yang telah dibina ternyata UMNO sebagai sebuah parti dominan dalam negara seharusnyalah memegang teraju kepimpinan negara dengan secara "verbal kontrak" yang perlu diterima hakikatnya oleh mana-mana penduduk dalam negara ini tidak kira apa agama dan bangsa mereka.


Sebenarnya Amerika menerima baik bangsa kulit hitam selepas 232 tahun amalan demokrasi dijalankan disebalik bangsa mereka yang telah dijadikan sebagai bangsa hamba abdi yang ditentang bersungguh-sungguh oleh Presiden Abraham Lincoln pada tahun 1861-1865 sebagai presiden ke 13 negara tersebut sehingga wujudnya perang saudara di Amerika. Sebenarnya juga presiden Amerika sebelum daripada ini adalah terdiri daripada ahli birokrat dan bangsawan dari kaum dominan Anglo Saxon dan kristian-protestan yang ternyata tidak membuka ruang langsung kepada mana-mana golongan lebih-lebih lagi kepada bangsa hamba abdi yang ternyata telah mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas kehidupan mereka sudah menjadi sudah menjadi senada dan seirama, kehidupan orang kulit hitam dan putih mereka sudah melangkau perjuangan perkara asas seperti ekonomi dan sosial disebalik pencapaian orang kulit hitam di Amerika yang sudah jauh kedepan seperti didalam bidang ekonomi, sukan, sosial dan pentadbiran negara.


Negara kita hanya baru 51 tahun merdeka, dan ternyata kalau dibuat perbandingan antara Amerika dan Malaysia kita jauh berbeza, terutama daripada sudut ekonomi dan sosial yang sudah tentu menuntut supaya UMNO dan kerajaan yang ada pada hari ini berusaha lebih keras lagi terutama dalam membela nasib bangsa melayu yang masih jauh ketinggalan dari banyak lapangan dan bidang.


Dalam negara kita, minoriti hanya boleh bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selepas etnik Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Iban dan lain-lain mula berfikir dan mengamal nilai melayu sepertimana Obama dan orang kulit hitam yang lain di Amerika mula berfikir dan hidup seperti Anglo saxon dan kristian-protestan.


Kalau tidak tak payah lah bermimpi,..or Hoping to dream""

1 comments:

adibeta said...

Sdr, dua nukilan daripada beberapa blog yang ada kaitan langsung dengan isu ini...

LIM KIM YIK SYOR TIRU POLITIK OBAMA.

Kenapa mesti tiru politik Obama atau politilk Amerika. Adakah Kim Yik mahu lihat PM Malaysia dari kaum Cina dan India atau Negro atau Pakistan.

51 tahun Malaysia merdeka dan semua PM adalah Melayu. Adakah itu yang di maksudkan oleh LKY?

Penulis juga ingin bertanya kepada LKY. Adakah terdapat sekolah cina dan yang menggunakan sukatan pelajaran cina di Amerika? Adakah orang Cina Amerika boleh mewujudkan sebuah parti Cina di sana? Adakah orang Cina berjaya menjadi Gabenor di sana?

Kalau semua tu tak ada maka saranan LKY untuk meniru dan belajar politik dari Obama ada tidak betul sama sekali.

MELAYU DISINGAPURA

Tidak dipertikaikan asal-usul Singapura.
Semasa pedagang Inggeris Stamford Raffles menjejak kakinya di pulau itu pada 1819, penduduknya rata-rata orang Melayu. Singapura pada ketika itu ditadbir oleh seorang Temenggong yang berkiblatkan Sultan Johor. Kini penduduk Melayu di Singapura hanya tinggal 14 peratus dari jumlah rakyatnya. Selain dari Yusof Ishak (yang sebenarnya orang Malaya), teman karib Lee Kuan Yew yang menjadi Presiden pertama republik itu, tidak ada pemimpin Melayu yang mencecah mercu kepimpinan kerajaan. Selama 43 tahun merdeka, Singapura telah mengenali tiga Perdana Menteri, semuanya berbangsa Cina.

Apakah kemungkinan Singapura akan diterajui oleh seorang Perdana Menteri bukan Cina? Seorang Melayu? Tak kiralah samada berdarah Jawa, Boyan, Bugis, Siam, Arab, India ataupun Minang, asal jiwanya sawo matang?

PM Hsien Loong ditanya soalan ini semalam semasa berdialog dengan anggota masyarakat Melayu di Singapura.

Jawab beliau: Singapura belum bersedia untuk memilih PM bukan Cina dalam tempoh terdekat.

"Kemungkinannya ada, ini bergantung kepada cara penduduk mengundi dan siapa yang mendapat keyakinan rakyat. Adakah ini akan berlaku tidak lama lagi? Saya tidak fikir begitu ...".

Bagi Melayu di Singapura, realiti kedudukan mereka memang mengharukan. Rakyat Singapura berketurunan India, yang merupakan bangsa pendatang seperti kaum Cina, adalah lebih kecil (9 peratus) tapi mempunyai peranan politik yang lebih menyerlah.

Presiden Singapura ialah seorang berketurunan India manakala seorang daripada dua Timbalan PM Singapura serta tiga menteri dalam Kabinet Hsien Loong adalah dari kaum India

Selamat Datang Ke Blog Malayquest

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelawat yang melawat laman blog ini, laman blog ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan citarasa masa kini tentang kedudukan orang melayu dan islam dalam negara kita. Sekiranya tuan puan serta saudara saudari mempunyai komen atau apa-apa bersangkutan tentang isu yang dikeutarakan silalah bersama-sama untuk membantu meningkatkan lagi dengan keihklasan untuk membawa orang melayu dan islam dalam negara kita ke tahap yang tertinggi dan sebenarnya....wassalam dan salam hormat
anuar hj safian..