Sunday, December 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Saya ingin mengambil kesempatan disini khususnya kepada umat islam yang membaca laman blog ini bersempena dengan kehadiran hari yang besar dan bersejarah bagi umat islam. Inilah masanya kita menilai semula pengorbanan rasul-rasul terdahulu dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah di alam maya ini.
Berkat kesabaran dan kesetiaan junjungan rasul dan nabi Ibrahim serta anaknya Nabi Ismail terhadap kebesaran Allah S.W.T memberikan suatu impak yang besar dalam kita menilai sejauh mana pengorbanan kita terhadap agama yang kita anuti selama ini.
Kita sedar dalam berpolitik kita juga kadangkala tersentuh dengan erti pengorbanan dan sanggup dikorbankan. Pengorbanan untuk melihat anak bangsa kita berada seiring dengan lain-lain bangsa yang ada dalam negara kita juga merupakan satu pengorbanan yang datang dari sifat muhasabah dan keihklasan ahli-ahli umno dan pemimpin kita dalam negara supaya perbanyakkan tumpuan dan masa yang harus diberikan demi mencapai cita-cita yang digarapkan dalam perjuangan UMNO itu sendiri.
Sesungguhnya pengorbanan yang suci ini juga dapat memberikan manfaat buat untuk masa depan generasi yang akan datang. Selamat hari raya korban..

Sunday, November 16, 2008

UMNO-Perlu ada Sistem Atau "UMNO PROTOKOL"


Apabila kita bercakap soal sistem, kita akan melihat bahawa sistem adalah merupakan suatu ketetapan mustahak yang merangkumi aspek dan susunan yang memungkinkan benda atau sesuatu yang berada di dalam sistem itu mengikut sepertimana yang termaktub dalam sistem yang diselaraskan atau yang digubalkan oleh pertubuhan atau superior.


Dalam perniagaan, kita perhatikan banyak syarikat multinasional yang berjaya diperingkat global adalah terdiri daripada syarikat yang mempunyai sistem samada dalam pentadbiran atau aspek pengurusan yang mana ketua kepada sistem tersebut kadangkala tidak perlu lagi melihat kepada perkara remeh-temeh pengurusan kerana ianya sudah termaktub dan hanya penyelarasan yang wajib diikuti oleh pekerja yang berada didalam sistem tersebut. Natijah disebalik pengingkaran kepada sistem akan menyebabkan organisasi menjadi lembab, Jualan akan susut, Imej akan tercemar, dan usaha kearah kecemerlangan akan terbantut. Ini adalah sistem.


Kita mengambil contoh Kentucky Fried Chicken (KFC) dan McDonald misalannya adalah merupakan sampel terbaik bagi menerangkan tentang prepentingnya sistem yang diamalkan didalam kedua-dua syarikat itu yang mana, sesiapa sahaja yang berada didalam konglomerat tersebut wajib mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan didalam sistem yang telah digubalkan. Dan sistem tersebut tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak dan sudah menjadi suatu perlembagaan kepada syarikat samaada sesiapa sahaja yang menerajui atau menjadi pemilik franchise kepadanya atau yang bekerja dengannya wajib melaksanakannya.


Ini terbukti apabila, ianya merangkumi daripada segenap segi, dari sekecil-kecil peranan tukang cuci, tukang masak, sehinggalah kepada cashier yang menguruskan kewangan, semuanya berada didalam sistem yang telah dibukukan.


Dalam UMNO, sejak daripada penubuhannya, pada 11hb Mei 1946, sememangnya UMNO mempunyai perlembagaan yang dipanggil perlembagaan parti-iaitu peraturan-peraturan sebagai ahli parti dan sebagai organisasi, dan walaupun kerapkali dibahas dan ditambahnilaikan, atau diperbaharui mengikut matlamat dan perjuangan semasa, namun UMNO masih lagi belum ada sistem yang wajib diikuti oleh sesiapa saja yang memimpin samada daripada sebesar-besar pemimpin diatas termasuk Presiden, Timbalan presiden dan Naib-Naib Presiden, Wanita Pemuda dan Puteri sehinggalah melibatkan kepimpinan dibawah termasuk bahagian dan ranting-ranting diperingkat cawangan.


Saya berani mengatakan demikian kerana, seringkali wujud double-standard atau dengan kata lain, keputusan dua muka yang kadangkala boleh menyebabkan UMNO wujud sebagai sebuah parti yang tidak mengamalkan keadilan dan ketelusan didalam pentadbiran. dan kadangkala terdengar "oleh kerana UMNO adalah Politik, maka kadangkala jawaban kepada persoalan hendaklah berbaur politik, ibaratkan 2+2 bukan 4 tetapi 6 atau 8 atau 10, atau apa sahaja yang memungkinkan jawaban mengikut selera dan sentimen" kata sesetengah daripada penganalis politik yang saya dengari.


Pada hemat saya, keputusan daripada politik adalah berbentuk politik sekiranya ianya melibatkan parti lawan atau dalam berhujah dengan parti pembangkang dalam pembentukan fakta untuk menentang dan sebagainya, tetapi sekiranya ianya melibatkan masalah dalaman, saya yakin dan percaya UMNO menyimpang jauh daripada apa yang sepatutnya ada dari Sistem.


Kita melihat pada hari ini, UMNO sebagai sebuah parti dominan dalam kerajaan yang ditunjangi BN sejak sebelum Merdeka, seringkali dilabel sebagai parti yang mengamalkan politik wang, didada akhbar dan media eletronik, seringkali menggambarkan kerakusan pemimpin dalam mana kita berdepan dengan pemilihan parti di setiap 4 tahun sekali. Ini semua adalah kerana, kita tidak mempunyai sistem dalam pemilihan.


Dada-dada akhbar yang memaparkan kepincangan politik wang, dan media eletronik juga memainkan peranan yang berterusan kerana kita tidak mempunyai sistem yang mengawal media daripada meneruskan agenda memburok-burokkan parti kerajaan, sedangkan kita adalah kerajaan. Sesuatu topik tidak akan terus diperbincangkan atau diperdebatkan sekiranya kita dapat mengawal tajuk hangat tersebut daripada merebak, ini berlaku secara terus menerus kerana UMNO tidak berusaha untuk mempelopori sistem dalam kawalan kepada media.Ini tidak berlaku sama sekali di Singapura misalannya sejak daripada zaman, Lee Kuan Yew, Goh Chok Tong sehinggalah kepada zaman Lee Hsieng Loong yang ada pada hari ini. Ini bukanlah bermakna Rakyat Singapura tidak berhadapan dengan isu besar, tetapi kerajaanlah yang mempunyai peranan dan sistem untuk mengawal isu, dan ianya wajib diikuti oleh agensi dan syarikat berkepentingan Kerajaan (GLC) apatah lagi yang melibatkan isu parti yang menguasai kerajaan. Ini boleh dilihat didalam tontonan VCD "the success story of Singapore by Lee Kuan Yew".


Dalam pemilihan UMNO misalannya, sepertimana apa yang telah berlaku di Seremban , didalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian tersebut baru-baru ini, UMNO tidak mempunyai suatu sistem yang boleh digunapakai dan diseragamkan untuk mengelak perkara tersebut daripada berlaku. Ini boleh dijadikan contoh apabila UMNO kubang kerian, yang juga salah satu daripada bahagian-bahagian panas dalam negara, yang kalau difokuskan boleh diletakkan pada tahap "Kod Hitam" berjaya mengadakan mesyuarat kerana mempunyai sistem awal yang direka khusus oleh pimpinan bahagian, dimana para perwakilan sahaja yang benarkan masuk kedewan dengan menapis kehadiran dipintu pagar masuk disamping pemerhati yang dibenarkan oleh Ketua cawangan sahaja yang boleh berada didewan semasa perasmian dan mereka, mengikut sistem, hendaklah keluar dari dewan apabila mesyuarat hendak dimulakan. Ini adalah contoh sistem yang berupaya untuk menyekat daripada berlaku keributan didalam dewan yang boleh mengaruhkan pergaduhan dan sebagainya. Kebiasaannya, pergaduhan tercetus adalah kerana pengaruh orang luar yang tidak menjadi perwakilan di dalam dewan, yang menyebabkan wujudnya suasana panas yang memungkinkan bertindak diluar perbatasan peraturan parti.


Di dalam Pentadbiran sebagai pemimpin parti juga, UMNO harus mewujudkan sistem yang wajib dilaksanakan di dalam tadbir urus sebagai pemimpin kepada bahagian. Kod sistem ini hendaklah digubal supaya sesiapa yang ingin memimpin UMNO bahagian sehinggalah kepada pemimpin sayap wajib mengikut sistem yang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, hari ini kita melihat ramai pemimpin-pemimpin berlumba-lumba ingin memegang jawatan dalam parti tetapi tidak mendalami sepenuhnya apakah tugas-tugas yang harus dilaksanakan atau dipikul sebagai pemimpin kepada bahagian, seolah-olah hanya sebagai simbol tetapi tidak menggerakkannya. Pemimpin terpaksa tercari-cari program yang perlu diisi oleh bahagian, dan sekiranya Pemimpin Bahagian mempunyai hubungan yang baik dengan menteri atau agensi, maka mudahlah peruntukan akan dapat disalurkan kepada UMNO Bahagian dalam mengisi program-program yang akan dilaksanakan. Sedarlah bahawa dalam politik, tidak ada perjuangan kendiri selain daripada untuk kita menguatkan parti dan rakyat serta penyokong untuk berdepan didalam pilihanraya yang akan datang. Namun apabila pemimpin bahagian tidak mempunyai talian hayat dengan mana-mana agensi atau kementerian, maka alamat keringlah program didalam bahagian dan ini boleh menyusahkan kepimpinan sayap-sayap yang terpaksa bergantung kepada UMNO bahagian didalam pengisisan program yang sepatutnya dilaksanakan.


Di dalam sistem yang dicadangkan, sekiranya 30 buah kementerian yang ada dalam negara termasuk kementerian Di Jabatan Perdana Menteri, menyalurkan peruntukan sebanyak RM10,000-00 kepada 191 buah bahagian diseluruh negara, maka setiap kementerian akan membelanjakan sejumlah RM1,910,000-00 sahaja untuk menampung program dibahagian yang akan mengadakan sejumlah 30 program setahun. Sekiranya 30 program setahun dapat diadakan di dalam UMNO Bahagian diseluruh negara, kita yakin dan percaya, kita akan dapat berjumpa dengan masyarakat tidak kurang 3 kali sebulan disamping program-program kecil yang lain. Dan ini melibatkan satu jumlah yang kecil sahaja disebalik peruntokan pulohan malah ratusan juta ringgit kepada kementerian pada setiap tahun budget kewangan negara. Ini semua perlu dimasukkan ke dalam sistem.

Makna, sekiranya seseorang pemimpin itu ingin menjadi ketua UMNO bahagian, dia haruslah bersedia untuk mengadakan program dan dan berperanan dalam tanggungjawab tersebut, dan dalam masa yang masa Menteri atau timbalan menteri akan dapat turun kesegenap bahagian diseluruh negara dan sekaligus merapatkan jurang antara menteri dan rakyat, disamping mengenali dengan lebih dekat permasalahan yang ada disegenap peringkat, walaupun tidak termasuk Bahagian-bahagian di Sarawak boleh dilaksanakan dengan peruntokan yang lain.

Sistem ini akan pertamanya memberikan kesedaran tentang pentingnya tugas dan tanggungjawab ketua bahagian, yang sudah tentu akan memperkuatkan akar umbi, dan keduanya Menteri dan Timbalan Menteri tak payah sibuk berkempen ke sana ke mari apabila tiba musim pemilihan, kerana ramai sudah mengenali mereka dengan lebih dekat melalui program-program yang dihadiri.

Sistem pemilihan bahagian hendaklah diuruskan terus ke negeri masing-masing termasuklah didalam persidangan cawangan, supaya tidak timbul lagi soal politiking yang kerap kali dikaitkan diperingkat bahagian apabila ada sesuatu pertembungan atau political clash diperingkat bahagian. Sistem diperingkat negeri hendaklah dipilih dikalangan bukan yang pernah memegang apa -apa jawatan dalam politik sama didalam bahagian dan hendaklah bebas daripada mana-mana pengaruh dalam yang boleh menyebabkan 2+2 jadi 6.

Sistem diperingkat pusat pastinya perlu ditekankan supaya mana-mana ahli yang membawa keluar berita tentang pemilihan didalam bahagian yang ditanda dengan KOD HITAM, kepada media eletronik ada media massa hendaklah digantung terus keahlian dari parti, dengan penyiasatan sekurangnya seminggu, dengan terbukti kesahihan dan peranan yang diberi kepada akhbar dan media untuk memudaratkan UMNO Bahagian. Dan berita tentang penggantungan ini semua tidak perlu dibawa kedada akhbar, dan hanya sistem yang menyampaikan, melalui warrant dan sebagainya.

Saya merasa sudah sampai masanya UMNO mempunyai sistem yang wajib dipatuhi oleh ahli-ahli disegenap peringkat. Jangan hanya yang menulis atau yang bercakap sahaja yang mahukan perubahan atau kadang kala yang menulis dan bercakap sahaja turut juga terlibat.

Saya diibaratkan seperti pembaca khutbah yang mengajak diri sendiri dan orang lain supaya sama-sama membuat perubahan. Sudah sampai masanya... ayuh "SISTEM UMNO" atau "UMNO PROTOKOL"

Jumpa Bab seterusnya.. UMNO -Perlu ada Sistem..BAB II




Sunday, November 9, 2008

Amerika & Malaysia Jauh Bezanya



Saya amat tertarik dengan kemenangan Calon Demokrat Barrack Obama yang telah diisyhtiharkan menang sebagai Presiden Amerika yang ke 44 seminggu yang lalu didalam persaingan sengit jawatan Presiden dalam kempen sejak 2004 lagi, sebenarnya saya banyak mengikuti perkembangan yang berlaku di Amerika semenjak kebelakangan ini hanya disebabkan oleh Obama, samatelah lagi membeli buku-buku karya beliau seperti "audicity of hope" dan "dream from my father".


Ini bukanlah bermakna saya menyokong Amerika atau dasar-dasarnya yang ternyata dibawah kepimpinan George W. Bush yang banyak menekan negara-negara islam seperti Iraq, Iran dan Afghanistan, tetapi saya amat tertarik dengan karektor dan personaliti beliau serta kesungguhan yang telah beliau tunjukkan sebagai Calon Demokrat yang termuda berusia 47 tahun selain daripada Presiden John F. Kennedy Jr. didalam persaingan yang begitu hebat yang telah dihadapi beliau yang memungkinkan beliau berada ditempatnya sekarang disamping visi dan misi untuk menyelamatkan Amerika daripada keruntuhan ekonomi yang berterusan sepertimana yang melanda negara itu pada hari ini.


Ternyata Obama mencipta sejarah yang tersendiri dengan menjadi pemimpin kulit hitam yang pertama dalam sejarah selama 232 tahun kewujudan Amerika Syarikat itu sendiri selepas seorang tokoh kulit hitam juga iaitu Martin Lurther King Jr. yang tersohor dengan ucapan beliau pada 28 ogos 1963 "i have a dream'' di Washington D.C. yang ternyata memberikan semangat kepada beribu-ribu orang sepertimana obama tentang kesedaran untuk tidak menidakkan hak-hak orang kulit hitam di Amerika Syarikat seperti mana yang diperjuangkannya. Kini setelah lebih 40 tahun, ternyata cita-cita Martin Lurther King Jr. telah tercapai.


Apabila mimpi ini ternyata terjadi disebalik perjuangan yang sekian lamanya, terdengar suara sinis dalam negara kita Malaysia tentang kesedaran yang sama untuk melihat bangsa lain berada ditampuk pemerintahan dalam negara. Ini adalah merupakan satu sindrom perbandingan yang amat bahaya bagi sesebuah negara seperti Malaysia yang ternyata hak-hak kesamarataan tersebut tidak termaktub didalam perlembagaan yang disokong oleh semua parti politik komponen yang memerintah negara melalui BN (dahulunya Perikatan) yang termaktub juga dalam konteks kontrak sosial yang tidak boleh dipertikaikan walaupun didalam perlembagaan tidak menyebut bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah semestinya dari Kaum Melayu dan Islam.


Dari segi persefahaman yang telah dibina ternyata UMNO sebagai sebuah parti dominan dalam negara seharusnyalah memegang teraju kepimpinan negara dengan secara "verbal kontrak" yang perlu diterima hakikatnya oleh mana-mana penduduk dalam negara ini tidak kira apa agama dan bangsa mereka.


Sebenarnya Amerika menerima baik bangsa kulit hitam selepas 232 tahun amalan demokrasi dijalankan disebalik bangsa mereka yang telah dijadikan sebagai bangsa hamba abdi yang ditentang bersungguh-sungguh oleh Presiden Abraham Lincoln pada tahun 1861-1865 sebagai presiden ke 13 negara tersebut sehingga wujudnya perang saudara di Amerika. Sebenarnya juga presiden Amerika sebelum daripada ini adalah terdiri daripada ahli birokrat dan bangsawan dari kaum dominan Anglo Saxon dan kristian-protestan yang ternyata tidak membuka ruang langsung kepada mana-mana golongan lebih-lebih lagi kepada bangsa hamba abdi yang ternyata telah mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas kehidupan mereka sudah menjadi sudah menjadi senada dan seirama, kehidupan orang kulit hitam dan putih mereka sudah melangkau perjuangan perkara asas seperti ekonomi dan sosial disebalik pencapaian orang kulit hitam di Amerika yang sudah jauh kedepan seperti didalam bidang ekonomi, sukan, sosial dan pentadbiran negara.


Negara kita hanya baru 51 tahun merdeka, dan ternyata kalau dibuat perbandingan antara Amerika dan Malaysia kita jauh berbeza, terutama daripada sudut ekonomi dan sosial yang sudah tentu menuntut supaya UMNO dan kerajaan yang ada pada hari ini berusaha lebih keras lagi terutama dalam membela nasib bangsa melayu yang masih jauh ketinggalan dari banyak lapangan dan bidang.


Dalam negara kita, minoriti hanya boleh bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selepas etnik Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Iban dan lain-lain mula berfikir dan mengamal nilai melayu sepertimana Obama dan orang kulit hitam yang lain di Amerika mula berfikir dan hidup seperti Anglo saxon dan kristian-protestan.


Kalau tidak tak payah lah bermimpi,..or Hoping to dream""

Saturday, November 1, 2008

Ucapan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian-Pemimpin Wajib Menjaga Parti


Alhamdulliillah, pertama-tamanya saya memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah.swt, dan salawat dan salam keatas junjungan besar nabi kita muhammmad rasulllullah s.a.w. yang membawa syiar islam dan rahmat kemuka bumi ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaaan terima kasih atas kesempatan masa Ketua umno bhg atas kehadiran utk merasmikan mesy perw pemuda & puteri UMNO bahagian pada kali ini yang ke 18 ini.

Tuan-tuan, puan-puan, sdr sdri sidang perwakilan yang dirahmati Allah sekelian,
Pada tahun ini genaplah usia parti kita selama 62 tahun, dalam usia emas ini kita bersyukur kerana parti kita masih lagi relevan kepada generasi yang ada pada hari ini, sebenarnya relevan atau tidak relevannya UMNO bergantung kepada minat dan kesungguhan kita untuk menunjangi parti keramat yang mulia ini. Sedar tidak sedar , kita telah meninggalkan pilihanraya yang lalu sudah hampir 7 bulan, kita sedar bahawa dalam pilihanraya lalu kita telah menerima tamparan hebat daripada Pakatan Rakyat yang dibelakangi oleh Pas. Dap dan PKR.

Walaupun Barisan Nasional menang dengan majority mudah, walaupun dengan tidak 2/3 majoriti di dewan rakyat kita, apa yang menjadi kehairanan kita ialah apabila kita sendiri merasakan seolah-olah kita telah kalah dalam pilihanraya yang lalu dan terikut –ikut dengan rentak dan sentiment yang dimainkan oleh parti pembangkang. Memang benar kita telah kalah di 5 buah negeri termasuk negeri kita kelantan, yang tidak mampu ditawan kembali sejak 18 tahun yang lalu, namun darisegi keseluruhannya, kita masih lagi menang untuk mentadbir Negara. Dan Negara ini Negara Barisan Nasional.

Sebab itulah apabila ada usaha-usaha parti pembangkang untuk mengambil alih Negara ini melalui cara yang tidak demokratik, melalui saluran cubaan merasuah ahli parlimen dari sabah dan ahli-hali parlimen yang lain dan melalui pintu belakang, maka pemuda dan puteri kubang kerian pada hari ini menyatakan pendirian kita, bahawa kita cukup mengeji dan menghina usaha anwar ibrahim ini, dan memandang kpd usaha ini sebagai usaha mereka yang politiknya sudah hamprak dan corrupt dan tidak mengikut asas demokrasi yang sebetulnya sebagaimana yang diamalkan sejak sekian lama.

Dalam kesibukan kita mentadbir Negara kita yang sudah 51 tahun merdeka ini, dimana kita beranggapan bahawa kita juga matang dalam menguruskan Negara melalui UMNO yang ternyata banyak berjasa kepada agama dan Negara , sejak sekian lama , tetapi kita hairan sejak akhir-akhir ini seolah-olah kita sedar tidak sedar, parti UMNO yang menunjangi kerajaan semakin hari tidak menguasai kerajaan., Kita hairan bagaimana peruntokan untuk pembangunan dalam kawasan parlimen UMNO atau yang kalah dalam pilihanraya yang lalu ,terasa dipinggirkan langsung dari arus pembangunan kawasan, walhal kita juga mempunyai penyokong-penyokong tersendiri yang perlu dipantau atau diberi pembelaan disebalik kekalahan calon UMNO yang bertanding dalam pilihanraya yang lalu, kita juga hairan bagaimana JPPK, seolah-olah takut untuk memberikan peruntokan kpd majlis –majlis UMNO didalam bahagian, sedangkan wujudnya JPPK adalah untuk memberikan saluran yang datangnya daripada kerajaan persekutuan. Kita juga merasa gusar dan gundah gulana apabila kita melihat ramai dikalangan Menteri, Timbalan Menteri dan SU parlimen, dari kalangan pemimpin UMNO yang wujudnya mereka itu kerena sokongan kita yang tidak berbelah bahagi diperingkat akar umbi, yang ternyata tidak bersungguh-sungguh atau tidak secara ghairah membantu pemimpin UMNO dibahagian-bahagian didalam apa saja bantuan yang boleh mengangkat martabat ahli umno diperingkat bahagian, sama ada dari segi sudut agama, social dan ekonomi. Apabila adanya musim pemilihan seperti ini, barulah kita sedar bahawa Menteri dan Timbalan Menteri atau Setiausuaha parliament itu datangnya dari parti UMNO setelah mereka turun kebawah mencari cari pemimpin-pemimpin bahagian semata-mata untuk mencari pencalonan atau undi bagi mengekalkan kedudukan mereka.,
Maka pemuda dan puteri hari ini menggesa supaya kita semua hendaklah membuat penilaian semula kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang seperti ini supaya dibelakang hari mereka semua kenal akan pimpinan umno bahagian yang telah mengangkat naik mereka ditempat yang mereka ada pada ketika ini.



Tuan,puan sdr sdri sidang perwakilan yang hormati sekelian.

Dalam keghairahan kita menawarkan diri untuk berada dikerusi pemimpin, tak kira sama ada diperingkat bahagian atau Nasional, kita semua harus sedar dan insaf bahawa parti kita hari ini berdepan dengan banyak dugaan dan cabaran samaada dari dalam parti sendiri, dikalangan parti komponen barisan nasional atau dari luar parti iaitu pembangkang yang sentiasa mencari helah dan tipu daya untuk menjatuhkan kita disetiap penjuru. Maka janganlah kita semasa disaat parti memerlukan kedudukan yang utuh dengan perpaduan yang tinggi, ada dikalangan kita yang sanggup menjatuhkan maruah parti dengan menghentam dan menghemburkan kata nista dan mengaruhkan semangat yang boleh menjatuhkah maruah sesama seagama, kita merayu kepada golongan seperti ini sekiranya ada dalam kalangan kita supaya bertafakur dan bermuhasabah diri, disamping bertaubat kepada Allah s.w.t dengan keinsafan yang sedalam-dalamnya. “let us preserve what should be preserved, let us protect what should be protected” dengan izin, apa yang perlu kita pertahan, kita pertahankan, apa yang perlu kita lindungi, kita patutnya lindungi’ demi maruah dan parti kita, supaya tidak menjadi sesuatu yang ibaratkan, seperti menepuk air didulang, sehingga terpercik kemuka sendiri, dan ibaratkan membuka pekung didada sendiri, yang akhirnya masyarakat diluar parti maupun pembangkang akan melihat polemic dan pergolakan yang tidak sudah dalam umno, yang kalau dibiarkan akan menjadi barah yang bernanah yang boleh menghancurkan umno pada bila-bila masa.

Dikalangan kita, harus ada perasaan hormat-menghormati, kasih mengasihani, dan janganlah demi cita-cita untuk menjadi pemimpin kita berkelahi sesame sendiri, yang akhirnya parti kita akan tergadai.
Sudah sampai masanya , kita semua bersatu hati, saya selaku ketua pemuda bahagian dan sebagai wakil jurucakap bagi puteri juga pada pagi yang berbahagia ini berjanji untuk mempastikan agar selepas daripada ini, agar pemuda dan puteri kubang kerian akan kembali bersatu dan utuh demi politik dan kesinambungan perjuangan orang-orang terdahulu yang akan memacu kearah kesejahteraan dalam pilihanraya yang akan datang,.Biarlah minority akan kembali bersama-sama dengan majority agar wadah dan agenda untuk parti akan dapat dilaksanakan dan tidak merugikan cawangan-cawangan, diatas politik sempit pemikiran dan kejumudan.

Tuan-tuan, sdr-sdri sidang perwakilan sekelian.

Didalam kesempatan ini juga Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada cawangan-cawangan yang telah mengadakan mesyuarat dengan mengikut peraturan parti dan dengan jayanya, Saya percaya dengan kepimpinan barisan pemuda dan puteri yang akan diangkat bersama dalam pemilihan pada kali ini, insyaAllah akan terus menerus memberikan nafas baru kepada kita semua, dalam melayari bahtera sebagai sayap kepada umno bahagian kubang kerian, saya percaya kita semua akan bersatu hati dengan keazaman yang tinggi, dengan maudud dan jihad yang satu, perjuangan yang jujor dan ikhlas, ikatan kasih yang berpanjangan sudah pasti akan memberikan nafas yang baru kepada umno bahagian kubang kerian.. Percayalah yang kita semua adalah sebagai khalifah Allah. Yang wajib berperanan untuk melihat UMNO Malaysia berada ditempat yang tinggi dihati rakyat, sebaris dengan cita-cita murni untuk mempertahankan agama, bangsa, bahasa dan tanahair. Sekian wassalam ...
Selamat bersidang…


Wednesday, October 29, 2008

Debat Terbuka - Pemuda Kubang Kerian Sokong

Apabila menyentuh tentang Debat Terbuka yang ada dipersetujui oleh Sdr Khairy Jamaludin baru-baru ini kepada calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding di kepimpinan tertinggi UMNO pusat, maka ramailah yang memberi komen samaada setuju atau tidak ianya hanya bergantung kepada keihklasan untuk memberikan pandangan apabila berada didalam platfom debat dan perbahasan tersebut.
Pada Hemat saya debat terbuka ini perlu memandangkan sekarang ini kita melihat begitu ramai sekali pemimpin-pemimpin yang mula seolah-olah rakus inginkan jawatan tetapi tidak mempunyai visi dan misi yang benar-benar berkualiti dan jelas untuk mengangkat martabat dan perjuangan UMNO, selari dengan kehendak zaman dan keadaan.
Sudah pasti debat ini bukanlah medan untuk mengutuk sesama sendiri, tetapi sebagai medan untuk menyuarakan hasrat perjuangan masing-masing didalam parti keramat UMNO yang tercinta ini.
Saya kira sudah sampai masanya kita memandang kedepan, bukanlah kita hendak meniru secara total Debat Presiden Amerika Syarikat, yang ternyata dijalankan dengan penuh profesional walau adakalanya penuh sinis dan menghentam peribadi.
Tetapi kita merasakan dengan kedudukan negara dan senario politik sejak akhir-akhir ini yang mula berubah bukan sahaja kita sebagai pemimpin UMNO secara strategiknya tetapi kita juga sebagai pemimpin rakyat yang berbilang kaum yang memerlukan satu tuntutan yang betul-betul mampu mentadbir dengan meniti jarum-jarum tajam yang sentiasa menanti sengketa, dan sudah tentu kita perlu mencari pemimpin yang benar-benar bijak, jujor, ikhlas, bekerja kearah kesejahteraan Parti Melayu dan BN, dan mesti tegas dalam segenap perkara, tidak bertolak ansur kepada kedudukan Melayu, Agama Islam, Bahasa dan Perlembagaan termasuklah kontrak sosial.
Inilah ciri-ciri pemimpin yang kita mahukan, maka perdebatkanlah, agar kita semua tahu isi hati perjuangan masing-masing....

Saturday, October 25, 2008

Anwar Ibrahim-Sudah Kehabisan Modal


Semalam saya terbaca dalam sinar harian berkaitan dengan kenyataan yang dibuat oleh Defacto Leader PKR Anwar Ibrahim berkenaan dengan pengambilalihan Kuasa Negara yang mana beliau sekarang ini sedang giat memberikan sepenuh tumpuan pada kedudukan ekonomi negara yang pada pandangan beliau, negara dalam kedudukan amat tenat untuk berdepan dengan krisis kewangan global, dengan tidak mempunyai persedian rapi untuk menghadapinya.

Dalam masa yang sama beliau bertindak untuk menyampaikan hujah dalam Dewan Parlimen dengan Laporan Budget PKR setebal 20 muka surat, yang pada pengamatan saya tidaklah ada bezanya dengan Laporan Budget Kerajaan Barisan Nasional. Kononnya beliau sekarang ini tidak memberi penumpuan penuh kepada pengambilan kerajaan disebabkan oleh kedudukan ekonomi tersebut.

Pada hemat saya, dan kebetulan saya ada menerima panggilan talifon dari sinar harian Edisi Timur menanyakan pandangan saya tentang perkara berikut dan ini komen yang saya berikan.

"saya melihat bahawa kedudukan Anwar Ibrahim dalam kedudukan negara sekarang amatlah tidak relevan disebalik kedudukan Ekonomi Negara yang pada dasarnya adalah kukoh berbanding dengan lain-lain negara dirantau ini, kita mempunyai reserve bank negara yang mantap disamping banyak dana dalaman negara yang boleh membantu untuk menyelamatkan negara sekiranya berkemungkinan keadaan Ekonomi Global yang tidak menentu ini melanda negara"

"Pada dasarnya, Anwar Ibrahim sudah tidak lagi mempunyai kekuatan untuk menarik mana-mana ahli parlimen Kerajaan untuk menyertainya, dan setelah bermacam-macam usaha dan propaganda dibuat, akhirnya beliau sedar yang kita mempunyai Ahli Parlimen yang betul-betul setia dan cintakan BN sesuai dengan amanah rakyat yang telah diberikan didalam Pilihanraya yang lalu, apabila ini berlaku, beliau cuba mengalihkan pandangan dan persepsi rakyat terhadap kedudukan negara dalam menghadapi krisis ekonomi."

" saya percaya bahawa, dengan adanya transformasi terpimpin pemilihan UMNO yang sedang berlangsung sekarang ini dan hingga Mac 2009, kita akan dan sudah pasti mempersiapsiagakan kedudukan dan harapan rakyat untuk kembali memerintah negeri-negeri yang akan ditawan semula didalam pilihanraya yang akan datang, dengan Kepimpinan Baru yang lebih mantap dan tersusun."

"kita semua optimistic dan tidak lagi mahu melihat adanya pemimpin rakus seperti Anwar Ibrahim berada lagi dalam Parlimen, yang ternyata banyak menyusah dan membebankan rakyat dengan pandangan retorik dan mengikut hawa nafsu"

"Saya yakin dan benar-benar percaya, kerajaan yang ada pada hari ini tidak akan ditukar dengan cara yang tidak Demokratik, dan sekaligus mengenepikan andaian bahawa ianya akan bermula selepas Anwar Ibrahim berada dalam Parlimen"

"Kerajaan yang ada pada hari ini, akan bertambah kuat dan kukoh selari dengan majoriti dan mandat yang telah diberikan rakyat, dan tak usahlah Anwar Ibrahim bermimpi"

Sedarlah kita semua, marilah mulakan langkah perobahan...

Monday, October 20, 2008

Masjid dan Surau- Berilah Peruntukan Selenggara Tandas


Saya sebenarnya sudah lama ingin membicarakan soal tandas di surau dan masjid diseluruh negara yang semakin hari semakin merosot dari segi selenggaraan. Kita berasa malu apabila melihat institusi agama yang paling asas disurau dan masjid tidak diselenggarakan dengan sempurna. Ada pernah berlaku cerita dimana ada seorang Pemangku Ketua UMNO Bahagian diketika itu di Kelantan pernah menghadirkan diri dalam satu program disekitar masjid tersebut, namun apakan daya tiba-tiba perut beliau sakit dan memulas teramat sangat, dan terus meluru ke tandas masjid, alangkah malangnya setelah selesai membuang hajat, didapati air terputus, dan terpaksalah beliau memanggil orang diluar untuk menyampaikan air padanya. Mungkin ada hikmat disebaliknya apabila selepas itu beliau dengan serta merta memutuskan memberi kelulusan bantuan segera RM5,000-00 untuk membina semula sistem air yang tersumbat kerana karat dan tekanan rendah. Ini adalah merupakan contoh yang biasa kita dengar selain daripada kita juga terasa takut untuk membuang hajat kecil dimasjid apatah lagi hajat besar.
Maka selepas negara kita yang merdeka selama 61 tahun, dan bertunjangkan kepada paksi UMNO sebagai sebuah parti orang islam yang memerintah, tetapi banyak kita halakan isu-isu yang tidak berkepentingan rakyat secara mendalam, selain daripada tugas kerajaan negeri yang wajib memikul tanggungjawab ini dengan cara yang berkesan, dengan amanah yang diberi untuk mentadbir negeri.
Kita juga perhatikan apabila ada juga disesetengah pasar raya dan kompleks membeli belah dibandar-bandar besar seperti dikuala lumpur misalnya, kita dapati tandas ditempat-tempat tersebut adalah lebih bersih daripada surau-surau yang disediakan. Keadaan ini memberikan gambaran terbalik (upside down) tentang kedudukan islam yang sebenarnya didalam negara kita apabila berdepan dengan masalah kebersihan ditempat-tempat ibadah yang seolah-olah dipandang remeh oleh Badan Kerajaan Tempatan yang mengurus disebalik tekanan yang harus diberikan kepada pusat yang menguruskannya.
Perkara ini perlu diberikan penekanan yang sebaik-baiknya oleh Kerajaan, dan jikalau sekiranya ini tidak diberikan tanggungjawab sepenuhnya, percayalah suatu hari nanti tidak hairanlah kita hanya ada pada nama, islam hanya ada diatas kertas.tidak melalui perlaksanaan.Allah hu Akhbar, Nauuzubillah..

MCA jangan Melampau...ini bukan Amerika.Ini Semenanjung Tanah Melayu

Saya mula rasa loya dan nak muntah apabila pada persidangan MCA ke 55 tahun ini, ada seorang perwakilan daripada bahagian Puchong, Kow Cheong Wei, mencadangkan supaya rakyat diberi hak dan kebebasan untuk memilih secara terus Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Apa mereka ingat ini negara Amerika kah, yang boleh memilih secara terus Presiden dan Timbalan Presiden. Mereka kena ingat yang ini adalah negara tanah Melayu, dan orang melayu berhak untuk memilih siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri walaupun tidak termaktub dalam perlembagaan. Ini adalah formula sejahtera dahulu yang dipakai sejak zaman berzaman bersama-sama dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui secara bersama dalam parti perikatan, seperti mana Agama Islam yang termaktub sebagai agama resmi negara dan sekaligus kita bebas untuk membangunkan islam dan menggunakan dana kerajaan walaupun tidak ditulis dalam perlembagaan.
Oleh yang demikian, MCA tidak berhak untuk mencadangkan apa-apa yang boleh merosakkan perpaduan yang dibina selama ini dengan bertindak untuk memanipulasi kelemahan UMNO dan politik berpanjangan UMNO diketika ini dengan mendesak bermacam-macam perkara yang dahulunya dianggap tidak mempunyai keberanian yang tinggi untuk mencadangkannya.
Kita harus ingat yang semangat toleransi ini berpada-padanya. Kalau sekiranya segala persefahaman yang diikat selama ini mula dirungkai satu persatu saya percaya satu hari nanti semangat BN yang dibina akan hancur ditengah jalan. Cubalah fikir dan renung-renungkanlah sebelum membuat sesuatu cadangan, yang nampak elok tetapi berpihak kepada sebelah saja.
Kita kena tegaskan yang negara ini, memerlukan seorang Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Melayu dan Islam.. jangan mula robekkan lagi...faham..

Saturday, October 18, 2008

Peringatan Raja-Raja Melayu Wajib DiAmbil Iktibar..


BERIKUT adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas Majlis Raja-Raja yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah semalam.]

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat. Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

"Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”-- Bernama

Jangan Sesekali Jadi Rakyat Zaman Inggeris & Jepun



Dua malam yang lalu, saya sempat singgah disatu kedai kopi di Pasir Tumbuh, dalam kawasan saya, kebetulan ada mesyuarat pemuda bahagian membincangkan tentang perkara-perkara yang berkait rapat dengan mesyuarat perwakilan bahagian.Kebetulan kedai kopi tersebut berada didepan Pejabat UMNO Bahagian.Tetapi bukan itu yang nak dibincangkan.


Saya amat tertarik dengan satu kenyataan yang dibuat oleh seorang tua(lama) yang sambil menghirup kopinya bertanya khabar tentang kedudukan orang melayu selepas Paklah turun pada bulan Mac 2009 nanti. Katanya dia cukup bimbang kalau sekiranya apa yang akan berlaku nanti seperti pengalaman dizaman jepun. Apabila Inggeris menjajah negara 1895-1941, masa itu orang melayu hidup dalam keadaan yang cukup perit, terpaksa hidup dengan keadaan yang cukup terhimpit, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, soal pentadbiran yang tidak langsung memberi kesempatan kepada orang melayu, dan terus menerus menjadi hamba.


Maka, setiap malam jumaat, semua orang dikerahkan untuk bersembahyang hajat agar Allah membantu rakyat dan negara dan supaya Inggeris keluar dari negeri ini, dan kebetulan kedengaran pada waktu itu, Jepun sedang berusaha untuk menakluk negara-negara asia, maka berdoalah orang kampung semua supaya Jepun datang dan menghalau Inggeris keluar. Maka dimakbulkan Allah s.w.t , Jepun masuk ke negara kita melalui kota bharu, pada malam 8hb Disember 1941.


Tetapi malangnya, apabila jepun masuk ke Malaya yang menandakan bermulanya juga era perang dunia kedua sehari selepas penyerangan di Pearl Harbour Hawaii, orang melayu mula sedar bahawa pemerintahan jepun adalah lebih dasyat daripada apa yang ditinggalkan oleh Inggeris, dengan terpaksa meneruskan hidup dengan memakan ubi kayu, maka berdoalah dan bersembahyang hajat pulalah orang kampung bermunajat bermohon supaya Allah s.w.t memberikan jalan supaya Jepun keluar daripada bumi Malaya, dan memohon supaya Inggeris kembali. Dimakbulkan Allah, selepas 9hb Ogos 1945, Jepun menyerah kalah selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima, maka kembalilah semula Inggeris meneruskan pemerintahan Malaya, tapi kali ini dengan agak berbeda tetapi meneruskan dasar-dasar lama termasuklah penubuhan Malayan UNION yang ditentang hebat oleh UMNO dan seterusnya menjurus kepada lahirnya kemerdekaan.


Apa yang paling penting tentang kesedaran itu ialah, jangan mudah lupa akan sejarah, dan jangan jadi seperti rakyat zaman inggeris dan jepun, renung-renungkanlah...


Wednesday, October 15, 2008

HINDRAF-Lama Dah Sepatutnya di Haramkan


Saya begitu tertarik dengan apa yang telah diputuskan oleh Kementerian Dalam Negeri berkenaan dengan pengharaman keatas Pertubuhan HINDRAF (HINDU RIGHTS ACTION FORCE) yang ternyata sepatutnya lama dah dilaksanakan. Tetapi malangnya oleh kerana terlalu berlembut dengan mereka ini, akhirnya mereka semua menjejakkan kaki diatas kepala kita semua barulah kita hendak mengambil tindakan yang sewajarnya, diibaratkan seperti nasi sudah menjadi bubur.

Saya menyeru kerajaan supaya memantau selicik-liciknya segala pertubuhan yang sejak akhir-akhir ini membuka ruang untuk mengaruhkan keadaan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan sekaligus boleh menyebabkan rakyat menjadi taruhannya lebih-lebih dasar yang tidak menghormati langsung akan pemimpin negara yang didiami.

Kita tidak rela sama sekali, rakyat diperjudikan nasib mereka dengan golongan seperti ini yang sama sekali tidak boleh diterima didalam keadaan kita sedang terhimpit dengan masalah ekonomi global dan serantau yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan menjejaskan perpaduan yang dibina selama ini.

Biarlah kita hancurkan segelintir untuk menyelamatkan jutaan manusia yang inginkan keamanan dah ketenteraman awam.

tahniah KDN, tahniah Dato Seri Syed Hamid...

Terima Hakikat Kekalahan Dalam Pemilihan Demi Demokrasi Berparti

Saya berharap benar kepada sesiapa yang ingin menawarkan diri bertanding dalam pemilihan samaada di peringkat bahagian atau pusat supaya sebelum membuat keputusan untuk bertanding agar bermuhasabah diri terlebih dahulu agar dapat menerima hakikat apabila tidak terpilih atau kalah dalam pemilihan tersebut.
Ini kerana diKelantan sejak akhir-akhir ini mula merebak satu sindrom kurang sihat dikalangan ahli parti yang menjurus kearah perpecahan yang berpanjangan, sehinggakan wujud satu sindrom kecam-mengecam kepada calon yang telah diishtiharkan menang dalam pemilihan tersebut. Sindrom ini telah menyebabkan satu suasana yang tidak bermoral sehinggakan ianya melebihi daripada tentangan kepada PAS dalam pilihanraya. Kalau beginilah sikap sesetengah daripada kita dalam pilihanraya yang lalu, saya rasa amat bersyukur tetapi malangnya tenaga dan wang ringgit telah digunakan secara mudah dengan sanggup membuat poster, banner dan banting sambil mengecam tindakan pemantau perhubungan negeri yang telah diperturunkan kuasa oleh UMNO Malaysia untuk memantau perjalanan mesyuarat-mesyuarat yang telah dijalankan agar mengikut prosedur dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Bagi saya kalau ini dibiarkan ianya boleh menyebabkan satu perpecahan besar berlaku dalam parti yang sedang disaat ini memerlukan pembela-pembela yang boleh meletakkan semula parti diatas landasan yang betul dan sebenarnya.
Saya amat kecewa dan terkilan diatas sikap tersebut yang sekaligus menampakkan adanya satu kepentingan peribadi yang meluak-luak untuk memegang jawatan sehinggakan sanggup bermusuh dan bertindak diluar perbatasan agama dan naluri manusia.
Sehinggakan juga ada yang berlatar belakangkan agama sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak elok untuk dilihat oleh orang luar dari parti.
Saya ingin mengajak mereka ini supaya kembali ke jalan yang sebenarnya. Kalau kita sudah menyerahkan apa-apa bantahan kepada Mahkamah sebagai contohnya, tetapi akhirnya mahkamah telah membuat keputusan menolak bantahan tersebut maka kita kena terima hakikat bahawa itu adalah keputusan muktamad yang tidak boleh diragukan lagi.
Sedarlah parti adalah segala-galanya sekiranya kita ini seorang pejuang, berjuanglah dengan jalan yang jujur dan ikhlas, bukan berjuang untuk merosakkan perjuangan sendiri. Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Jangan disebabkan nila, susu binasa, sudah terantuk baru terngadah, Orang Muda harus membela bangsa, kalau tidak kita dipandang mudah..
Sedarlah sebelum terlambat...

Monday, October 13, 2008

Kelab BN- bukalah seluas-luasnya, Tetapi tidak UMNO

Saya amat tertarik dengan cadangan oleh YAB Dato Seri Abdullah untuk menubuhkan kelab BN bagi memberikan keahlian secara langsung kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional yang tidak berada didalam parti-parti komponen. Sebenarnya Kelab BN ini adalah merupakan rintisan daripada apa yang pernah dilakukan oleh Parti Perikatan sejak lama dulu sebelum penukaran nama kepada BN pada 1973 yang menjurus kepada keahlian 'direct' melalui parti masing-masing.

Saya yakin dan percaya dengan adanya kelab ini, sedikit sebanyak mampu memberikan alternatif kepada orang muda dan kepada bukan ahli parti komponen untuk membantu dan menyertai BN dengan cara diluar daripada saluran berparti.

Apa yang penting bagi saya ialah supaya jangan sesekali ada diantara kita yang mencadangkan agar UMNO dibuka kepada ahli bukan bumiputera sepertimana apa yang dilakukan oleh Gerakan. Penduduk pribumi tidak akan sama sekali sama taraf dengan bukan pribumi. Soal parti Gerakan hendak mengadakan "trial and error" dalam membuka ruang parti mereka untuk lain-lain bangsa itu terserahlah..tapi jangan dengan UMNO, kerana kita tidak boleh lari dari tanggungjawab untuk menjaga bangsa dan agama. Biarlah ia kekal menjadi wadah pembela dan tidak lari dari perjuangan asal.

Saturday, October 11, 2008

Tan Sri War Musa- Pemuda Kelantan Sokong Ke Naib Presiden


Dalam pengamatan saya, kesedaran untuk melihat pencapaian 5 negeri dan plus 1 jadi 6 termasuk wilayah persekutuan untuk membawa perubahan dalam pilihanraya umum akan datang harus dijadikan keutamaan dalam agenda politik 2008-2012.


Kalau kita lihat 6 buah negeri ini mempunyai 100 buah bahagian lebih iaitu lebih separuh daripada sejumlah 191 bahagian yang ada dalam negara kita.


Tetapi tidak ada seorang pun antara pemimpin negeri atau pengerusi perhubungan yang yakin untuk menawarkan diri bagi menduduki kerusi naib presiden bagi membantu timbalan presiden dan presiden bagi berdepan dengan parti-parti pembangkang dinegeri-negeri tersebut dengan komitmen dan azam yang tinggi.


Oleh yang demikian, sebagai Penolong Setiausaha Pemuda Negeri Kelantan dan Sebagai juga atas kapasiti Pengerusi Penaja 4B Negeri Kelantan, maka saya mencadangkan agar Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Annuar Hj Musa membuat penawaran diri untuk berkhidmat sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang.


Saya percaya dengan komitmen dan kebolehan beliau walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan dan kabinet sudah pasti mempunyai masa yang banyak untuk memberi penumpuan kepada usaha-usaha reengineering parti "perekayasaan semula Parti" supaya rakyat terbanyak lebih yakin dalam mendepani cabaran yang akan datang lebih-lebih lagi kepada usaha untuk menarik kembali maruah di negeri-negeri yang tewas.


Kebolehan luar biasa beliau sebagai pemidato hebat dipersada nasional, pendebat tersohor dialaf ini, pengalaman luas selama 25 tahun yang bermula dari bawah, adalah merupakan kriteria penting selain daripada bekas pentadbir kerajaan dikementerian belia dan sukan serta kementerian luar bandar disatu ketika dahulu.


Penglibatan beliau diarena pertembungan dalam pilihanraya bermula sejak 1986 hinggalah 2008 yang 3 kali tewas dan 3 kali menang adalah merupakan juga satu pengalaman yang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit sedangkan pengalaman ini juga adalah kriteria penting dalam merangka strategi baru bagi bertindak untuk masa hadapan.


atas kriteria itu, saya mohon Tan Sri War bertanding....


Monday, October 6, 2008

Kelantan- Orang Muda Perlu Pembelaan Wajar



  1. Dalam sehari dua ini, kita semua sibuk dengan kedengaran disana sini tentang penawaran diri untuk perebutan jawatan diperingkat tertinggi parti. Rupa-rupanya ramai juga yang mengidamkan jawatan tertinggi parti setelah jelas Paklah membuat keputusan yang telah dijangka iaitu tidak akan membuat penawaran semula keatas jawatan presiden yang disandangnya sekarang.


  2. Persoalan sekarang ini jelas kepada kita bahawa parti sedang menghadapi satu transformasi jelas kearah untuk memantapkan sistem kepimpinan parti keramat UMNO yang telah lama bergelumang dengan krisis terutama sekali selepas pilihanraya yang lalu.


  3. Dalam masa yang sama kita semua harus ingat yang kesan daripada pemilihan jawatan tertinggi parti awal Mac 2009, nanti sekiranya tidak ditangani dengan baik, kemungkinan besar akan merebakkan sindrom baru yang boleh memusnahkan parti keramat yang dibina sejak 1946 yang lalu.


  4. Dalam kesibukan pemilihan ini juga, pemuda bahagian yang akan mengadakan pemilihan jawatankuasa baru bagi penggal 2008-2011 9akan mula bersidang pada 9hb Oktober ini, sekaligus akan memungkinkan pertarungan hebat 4 penjuru dari segi pencalonan tempat tertinggi pemuda Malaysia yang sudah pun diketahui umum.


  5. Tidak ketinggalan juga, saya sendiri ada membuat penawaran diri untuk sama-sama menjunjong parti dengan menawarkan diri untuk berkhidmat dan bekerja selaku Exco Pemuda Pusat sekiranya dicalonkan didalam mesyuarat Pemuda Bahagian yang akan berlangsung tidak lama lagi.


  6. Penawaran ini adalah disebabkan atas rasa keinsafan secara peribadi tentang hala tuju pemuda Kelantan ditahun-tahun yang akan datang merujuk dari segi ekonomi,sosial dan pembangunan belia.


  7. Agenda untuk melihat kelantan berubah tidak boleh dibiarkan terarus dengan masa yang mana semenjak PAS memerintah negeri ini bermula dari tahun 1990, orang muda sememangnya telah diulik dengan mimpi-mimpi indah parti pembangkang yang seolah-olah juga merebus anak batu bagi memberi makan kepada rakyatnya.


  8. Walaupun ada nampak pembangunan secara fizikal yang rata-ratanya didominasi oleh kaum bukan bumiputera secara "monopolize construction" tetapi pembangunan yang sebenarnya ialah untuk melihat anak muda dinegeri ini tidak dipinggirkan dari arus perdana pembangunan minda sebenar yang mana kita ingin melihat agar orang muda kelantan yang berada diperantauan harus pulang ke negeri ini untuk berbakti dan sama-sama membangunkan negeri disamping mencari peluang-peluang yang boleh membela keluarga dan masyarakat dengan cara yang lebih tersusun disebalik 21,000 keluarga miskin yang masih belum dibela sepenuhnya.


  9. Pertalian diantara pemuda negeri dan pusat haruslah lebih menjurus kearah memantapkan lagi usaha-usaha ini dengan memberbanyakan aktiviti-aktiviti kesedaran tentang pripentingnya tanggungjawab kerajaan negeri dalam membina masa depan orang muda yang sekian lama ketandusan dalam soal pembangunan lahiriah dan rohaniah yang lebih sempurna bukan setakat retorik dan angan-angan kosong semata- mata.
  10. Orang muda dikelantan perlu diberi perhatian yang serapi-rapinya dan tidak boleh diketepikan dari arus politik semasa yang boleh merosakkan masa depan mereka sendiri sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang memperjudikannya.
  11. Tugas berat sedang menanti terutama sekali apabila kita dikelantan bukan sahaja akan berjuang untuk negeri bahkan bagi mengembalikan semula maruah 5 negeri lagi yang tewas dalam pilihanraya lalu yang memerlukan tuntutan yang sama.
  12. maka dengan hasrat murni ini, insyaAllah mudah-mudahan Allah memberkatinya dan keinsafan yang berpanjangan nanti sedikit sebanyak boleh membantu kearah memberi kesedaran kepada anak muda kelantan dan negeri-negeri lain supaya bangkit bersatu membawa perubahan.
  13. sekarang sudah tiba masanya. Now is the time...

Sunday, September 21, 2008

Buatlah Pilihan Yang Tepat






  • Dalam keributan politik pemilihan semasa hari ini, ianya menuntut sesuatu pemikiran yang tajam, tersusun dan penuh teliti dalam menentukan perubahan kepada keadaan kekalutan yang dialami buat masa ini, sangat terasa bahangnya.(must have an instinct)


  • Masing-masing di bahagian selesai sudah pemilihan yang menentukan pucok pimpinan diakar umbi, walaupun penuh dengan permainan dan hikmat tersendiri tersentuh bodi dan keakraban


  • sekarang ini kita memikirkan tentang hala tuju nasional untuk menentukan jatuh bangunnya bangsa pemuda melayu dipersada nasional.


  • YB Khairy Jamaludin telah pun mengistiharkan diri untuk membawa pemuda kearah yang lebih baik dimasa hadapan dengan temanya "setiakawan".Mudah-mudahan betul-betul setiakawan.


  • Tiga lagi pemimpin yang menawarkan diri iaitu Dato' Seri Khir Toyo, Datuk Mukhriz Mahathir dan Dato' Zahidi Zainul Abidin masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu memikat para pemuda dan perwakilan untuk sesi akan datang dengan agenda masing-masing.


  • Tapi apa yang paling penting ialah, perjuangan selepas daripada kemenangan.


  • Saya sendiri tidak mahu lagi, apabila sebelum dari kemenangan masing-masing cuba memikat dan menambat hati dengan apa cara sekalipun, kerap berjumpa dan bertanya khabar.


  • tapi selepas kemenangan, bukan saja talipon tak berangkat, tanya khabar pun tidak, apatah lagi hendak berjumpa mata dan turun ke negeri.


  • Para pemuda sekelian, buatlah keputusan yang tepat, jangan menyesal tak sudah, carilah pemimpin yang ada sejarah. Ingat sebelum kena..

Tuesday, September 16, 2008

Hari ni Ke 16hb September?

SEJAK Lepas jam 8 pagi tadi lagi kawan-kawan ramai yang call tanya khabar apa keadaan di Kuala Lumpur. Saya jawab jangan risau, ini adalah igauan semata-mata.
Tak usahlah kita perkecilkan kemampuan kerajaan yang ada pada hari ini untuk mentadbir. Ini bukan sekali kita menghadapi masalah yang runcing bahkan lebih runcing dan rumit lagi kita bisa hadapi.
InsyaAllah Allah selamatkan negara kita..

Monday, September 15, 2008

Someone Sent Me This Message

paklah tertekan..pembangkang menekan...melayu same melayu bermusuhan..cina n india bertepuk tangan...nak takluk malaysia da lama dorang idamkan...hak bumiputera bukan lagi satu keistimewaan...cina ngan india dah jadik johan!
pkr mengganas...anwar kuarkan idea 'bernas'...orang umno hati panas...mca n mic pandai nak kipas...DAP tetap pilihan cina n india yang teratas...dorang sokong PKR tu ader 'nas'...
pernah satu tmpt dimana ahli parlimen cina berkata...saya luar saja BN..dalam hati DAP juga..kenapa melayu buta mata?gaduh je yang dorang suke..kenapa?...nak tunjuk yang korang berkuasa?padehal negara di hujung nyawa..bumiputera dinafikan hak sekeras-kerasnya...itu ke yang orang melayu suka?demonstrasi sini sana ...bikin kacau bilau satu negara...cina india duduk rumah gelak2 tgk brita...betapa orang melayu pun dah tak sekuat mana..mane melayu di masa muka?anak cucu korang gak yang jadi mangsa..
di perak satu hal...cina diberi tanah hak milik kekal...di mana undang2 tubuh negeri perak tak pnh melakukan perkara sebegitu yg tak masuk akal...skrg melayu yg rugi n tertinggal...MB pun satu...rujukla org2 atau undang2 yang dah dibekal...jangan buat keputusan yang tak masuk akal...smate2 nak tunaikan janji mase plihanraye yg dah terlafaz..
cina india otak bijak..skarang dorang sokong la PAS n PKR, lepas krajaan da jatuh,dorang akan pijak!
kalau anwar jadi perdana menteri..jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati...sape yang akan mengganti?ahli tertinggi PKR,cina dan india sedia menanti...orang melayu yang bijak n pandai n yg kuat PKR kan semua dah kuar parti...last2 cina india jadi perdana menteri..hak melayu slama-lamanya dinafi..di malaysia melayu jadi kuli..cina india suke hati lagi..ha melayu...nak sengih lagi?ade hati nak demonstrasi lagi?mase tu sape pun tak pdulipade dorang...lbih baik mlayu mati..
skarang cina india tgh menanti..paklah undur,najib jadi pengganti...tapi bila najib jadi perdana menteri..cina/india dah buat prangkap lagi...najib akan terjerat oleh skandal sendiri...tyme ni cina n india hentam najib sparuh mati...hentaman ini akan berlaku dikala krajaan blom tetapkan penerus generasi perdana menteri...
krajaan pade mase itu takkan dihormati...peristiwa 13 mei akan berlaku lagi...
ha melayu...gelak la lagi..bergaduh la sesame sendiri...
tak mustahil org melayu malaysia akan jadi spt org melayu di singapura...disekat keistimewaan di mana2..terabai seperti bangkai bernyawa..
SEDARLAH ORANG MELAYU...TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..TAK KISAHLA BN KE...PAS KE...TOLONG LA BERSATU PADU..NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ...TETAPI PASAL MARUAH BANGSA...PKR TU BONEKA JE..CINA INDIA SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...
TOLONG LA BUKAK MATE SKET!!!TAKYAH LA NAK GULINGKAN KERAJAAN...FIKIR LA SKET NASIB MELAYU..
DAH LA PEMERINTAH DAHULU PENAT2 NAK DPTKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU... ORANG MELAYU ...NAME PUN TANAH MELAYU OII...
SEDARLAH SIKIT...SAPE YANG NAK BELA MELAYU KALAU BUKAN ORANG MELAYU?SAPE????????CINA N INDIA BUKANNYE NAK BELA ORANG MELAYU...KORANG JE YANG TERHARAP2...
MELAYU AKAN BELA MELAYU..TAK KESAH LA BETAPA TERUKNYE DIRI DIER...TERUKNYE PERSONALITI DIER..JAUH DI SUDUT HATI..TETAP ADE RASE TANGGUNGJWB PD ORG MELAYU..
SEDARLA...FIKIR SKET ANAK CUCU...JANGAN FIKIRKAN KITE JE...
TOLONG SEBARKAN PADA SEKALIAN ORANG MELAYU...
SLMTKAN MARUAH MELAYU..
UBAHLAH SEKARANG....
PAS ATAU UMNO ATAU PKR DAH LAA....BERSATU LAAA ORANG MELAYU....

Apa dah Jadi Dengan Zaid Ibrahim




  1. Saya begitu kesal mempunyai seorang menteri dari negeri sendiri yang tidak peka akan perkembangan dan kedudukan sebenar keamanan negara yang dicintai ini.


  2. Semalam dok sibuk mengungkit tentang keperluan menggunakan ISA (Internal Security Act) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan polis keatas 3 orang tahanan iaitu yang disyaki terlibat dengan perkara yang boleh mengaruhkan isu perkauman dalam negara kita.


  3. Mereka yang terlibat adalah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, Pengendali Laman Web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.


  4. Saya cukup heran apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Zaid Ibrahim selaku Menteri DiJabatan Perdana Menteri


  5. Baru-baru ini kemana perginya Zaid Ibrahim apabila keperluan untuk menyatakan pendirian tentang Majlis Peguam yang mengadakan seminar antara agama.


  6. Ketika kita sibuk memperkatakan tentang kedudukan agama dan islam dalam negara beliau hilang entah kemana. Tapi sebaliknya apabila kita sibuk membicarakan soal keamanan, dia pula berbicara sebaliknya..


  7. Guano pelik sangat ni....

Wednesday, September 10, 2008

Kadang-kadang, Kita Baru Tersedar, Terima Kasih Dato Ahmad Ismail


Saya terpanggil untuk juga membicarakan tentang apa yang diucapkan oleh Dato Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang dalam isu hangat yang diperkatakan dalam media sehari dua ini berkaitan dengan orang cina adalah menumpang dalam negara ini dan tidak boleh memiliki hak samarata dengan orang melayu. Bagi saya isu ini, samaada ianya telah dimanipulasikan oleh akhbar sin chew jit poh kah atau dipermainkan oleh anggota parti Gerakan kah atau sengaja diperbesarkan oleh parti lawan dan pembangkang kerajaan kah itu tak penting. Yang penting ialah fakta dan sejarah yang nak diluahkan oleh Dato Ahmad sendiri selaku pemimpin bahagian dan pemimpin yang berada didalam sebuah negeri yang dipimpin oleh orang bukan melayu sejak begitu lama.

Kadang-kadang kita juga harus menghormati apa yang ditafsirkan sebagai luahan dari hati kecik sendiri yang telah lama berlegar-legar diminda Dato Ahmad(saya percaya), dan mungkin kita mengambil satu peluang untuk berfikir sejenak tentang apakah yang dikatakan oleh Dato Ahmad itu ada betul atau tidaknya didalam arus politik adu domba semasa yang saya kira orang bukan melayu sedang mencari kelemahan diatas kedudukan semasa yang tidak menentu.
Memang mengikut sejarah sepertimana yang terkandung didalam buku bertajuk "The Asian Godfathers, Money & Power in Hong Kong and Southeast Asia" tulisan Joe Studwell, mengatakan bahawa "kedudukan Semasa ekonomi Thailand, Malaysia, Indonesia, Filifina, Singapura dan Hongkong adalah disebabkan 2 faktor sejarah besar yang berlaku sejak kurun ke 18 iaitu penghijrahan dan kolonisma" . Didalam buku tersebut ia mengatakan bahawa penghijrahan besar-besaran telah berlaku pada pertengahan abad ke 19 daripada tanah besar negeri cina sehinggalah ke negara asia tenggara kerana dua faktor penting iaitu berlakunya perang candu yang berlaku 1839-42 dan diantara 1856-60 berlaku pembukaan pelabuhan kapal dagang wap disamping pembukaan pelabuhan baru kapal wap diasia tenggara. Pembukaan perkhidmatan kapal wap daripada Haikou di Hainan ke Bangkok sebagai contohnya menyebabkan begitu ramai orang china yang berketurunan Hainese di Thailand pada masa ini. dan daripada pengamatannya mengikut sejarah jumlah ini telah meningkat disebabkan oleh pembukaan industri -industri baru yang berasaskan timah dan perladangan oleh Inggeris yang ternyata telah banyak mewujudkan pelan pola pendudukan baru kepada Orang Cina dan India dirantau ini"
Maka bagi saya ini adalah bukan penemuan baru, dan semasa kemerdekaan terbentuk pun pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu pun sudah bersedia untuk berkongsi kuasa dengan parti-parti lain didalam PERIKATAN asalkan hak keistimewaan orang melayu, kedudukan raja-raja melayu, bahawa bahasa melayu dan agama islam di dalam negara ini tidak diancam. Dan ini terbukti apabila pengasas MCA pada masa itu iaitu;
Tun Tan Siew Sin, mengakui semangat toleransi UMNO untuk mewujudkan negara ini bersama-sama PERIKATAN melalui kata-katanya kepada Tunku; " Perlu saya katakan bahawa saya amat kagum dengan kemulian dan sikap tolak ansur pemimpin-pemimpin UMNO, lagipun ini juga adalah isu-isu yang sangat penting bagi mereka dan dalam keadaan getir begitu, mereka masih boleh bertolak ansur dan perpandangan jauh"
" Maka saya dengan ini akan memberi sokongan sepenuhnya kepada anda dan UMNO sehingga akhir hayat saya kerana anda dan rakan-rakan telah menunjukkan keihklasan yang tidak berbelah bahagi semasa melalui ujian getir itu, anda telah membuktikanya dengan tindakan anda, kami semua tidak mampu meminta lebih dari itu"
Oleh yang demikian kita semua harus sedar bahawa pemimpin-pemimpin dahulu adalah dari mereka yang sedar tentang diri dan kedudukan mereka dalam masyarakat negara ini, tetapi pada hari ini kita berdepan dengan pemimpin-pemimpin yang tidak sedar lagi akan kedudukan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak merdeka.
Dan sebagai tambahan kepincangan politik sedia ada, kita juga sudah mulai terhakis dan mungkin pupus untuk memiliki kriteria dan ciri-ciri kepimpinan bersuara seperti Dato Ahmad Ismail dalam UMNO dan Kerajaan.
Maka sedarlah.. ambo pun baru khaba...bekalih..

Thursday, September 4, 2008

Syukur Pada Allah -Kurniakan Anak Merdeka

Dalam sehari dua ini, tak sempat sikit nak menulis kerana Alhamdullillah saya telah dikurniakan Allah SWT rezeki anak lelaki, dan lahir pada tanggal 31hb Ogos 2008, tepat jam 2.34 malam.Maka anak merdekalah ia,tapi tidaklah diberi nama Merdeka atau apa-apa yang berkaitan dengan merdeka macam zaman dulu-dulu, cukuplah dengan nama Ahmad Mikael Al-Ash.

Saturday, August 30, 2008

BN- Bela Negara, Nilai Semula Nawaitu Kehidupan Rakyat


Saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri dan Presiden Parti atas pembentangan Bajet 2009 yang berlangsung semalam iaitu 29hb Ogos 2008. Pembentangan tersebut melihatkan satu perubahan besar tentang kelangsungan hidup yang harus diterima oleh pemimpin negara bahawa kita perlu melakukan perubahan tentang kedudukan ekonomi rakyat yang ternyata semakin hari semakin terhimpit disebabkan oleh kedudukan keadaan pasaran global minyak dunia sehinggakan kita amat terasa keadaan perbelanjaan sara hidup yang kian hari kian meningkat. saya melihat akan banyak ihsan dan bantuan yang diberikan dalam bajet tersebut sekaligus memungkinkan untuk menghilangkan sedikit keresahan bebanan yang ditanggung oleh rakyat termiskin.


Kalau 6 bulan yang lalu, saya membelanjakan RM150.00 setiap dua minggu,untuk membeli barangan dapur,tetapi sekarang ini saya sendiri terpaksa menghabiskan RM230.00 untuk membeli barangan yang sama. Ini menunjukkan satu jumlah yang besar iaitu kenaikan sehingga 53%.


Kita perhatikan diri kita sendiri sebelum kita memerhatikan orang lain, kerana sedikit sebanyak apabila kita perkatakan soal nawaitu kehidupan hari ini, kita seolah-olah tidak sedar tentang peranan yang harus dimainkan oleh kita sendiri selaku rakyat dalam negara yang tercinta ini, saya masih teringat apabila seorang rakan memberikan gambaran bahawa "orang tua dulu-dulu, apabila mereka bekerja samada mengusahakan sawah ladang, atau bercucuk tanam, atau apa-apa pekerjaan mereka, segala-galanya adalah untuk anak dan cucu, tanam getah atau padi 10 ekar untuk anak dan cucu, infact, tanam sayur pun untuk anak dan cucu".katanya.. "sebab itulah kehidupan mereka anak beranak, diberikan keberkatan oleh Allah s.w.t."tambahnya lagi. tetapi "Malangnya dunia hari ini, kita perhatikan segala yang dilakukan oleh kita adalah untuk diri kita sendiri, makan dan pakai keutamaan untuk diri kita, lepas itu baru anak isteri kita, cucu pun belum tentu"

Saya tersentak sekejap memikirkan tentang perkara tersebut, walhal dalam hati terasa kebenaran tentang apa yang diperkatakan oleh beliau. Oleh sebab itulah kita sama-sama memikirkan bahawa dalam apa sahaja perbuatan atau pekerjaan yang hendak dilaksanakan oleh kita semua harus bermula dengan niat ataupun nawaitu yang ikhlas sesuai dengan Hadis Rasullullah yang bermaksud "setiap perbuatan dan amalan itu haruslah bermula dengan niat".


Bagi pandangan saya, kerajaan yang ada pada hari ini, sekiranya mempunyai niat yang ikhlas dan betul untuk mewarisi negara dengan keamanan dan kesejahteraan demi anak dan cucu kita besok hari, sudah tentu Allah S.W.T akan memakbulkannya, kerana doa rakyat dan impian untuk melihat dengan kesedaran dan kesungguhan keatas segala perancangan yang akan dilaksanakan. Sebaliknya sekiranya kita berjuang hanya untuk setakat diri sendiri, demi periuk nasi sendiri, atau demi demdam kesumat, atau kerana perjuangan diri dan puak semata-mata, ianya tidak akan bertahan lebih lama, percayalah, kerana kita boleh dan mampu melihat sejarah yang sudah-sudah.

Sejarah tidak mengenal sesiapa , tetapi kita yang harus mengenal sejarah. Kerana kita sendiri boleh melihat bagaimana datuk dan nenek moyang kita mengusahakan segala-gala untuk generasi seterusnya, kalau tidak masakan kita berada dibumi ini pada hari ini, maka bersyukurlah, namun kita pula yang harus mewarisi nawaitu tersebut demi anak cucu kita yang akan datang.

Thursday, August 28, 2008

Jangan Biarkan Diri Kita Dijajah-Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Selang 2 hari dari sekarang Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 51, saya percaya ulangtahun kemerdekaan pada tahun ini akan disambut juga dengan penuh kemeriahan sepertimana tahun sudah walaupun kita melihat dari segi kerancakan sambutan yang tidak seperti selalu. Peruntukan untuk sambutan pada tahun ini dilihat agak lesu malahan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat, dan terdengar juga ada yang menyebut ini adalah kerana langkah-langkah berjimat cermat dari kerajaan, termasuklah daripada kementerian-kementerian yang terlibat.
Begitu sukar sekali untuk saya selaku ketua pemuda dan pengerusi belia kawasan untuk mencari peruntukan untuk mengadakan program-program yang selalu dibuat didalam kawasan, tetapi mujorlah dengan sedikit peruntokan daripada jabatan belia dan sukan negeri maka dapatlah saya dan rakan-rakan dalam gerakan belia 4B kawasan kubang kerian mengadakan program Semarakkan Kemerdekaan pada hari jumaat 29hb Ogos bagi sedikit sambutan walaupun tidak seberapa meriah sepertimana tahun sudah.
Yang paling penting bagi saya ialah bukan soal sambutan secara besar-besaran, tetapi ialah kesedaran untuk sama-sama bermuhasabah diri kita tentang dimana duduk dan bangunnya orang melayu diketika ini. Ketika ini, kita banyak dicanang tentang pemikiran ultra melayu, ultra cina dan ultra india didalam negara kita. sehinggakan kita seolah-olah sudah lupa tentang ketuanan melayu yang harus dan wajib kita pertahankan demi maruah bangsa kita selama ini. Kewujudan kumpulan aktivis cina su chi diketika dahulu , dan Hindraf dari kalangan masyarakat india diketika ini menampakkan secara langsung keberanian yang dilihat akibat daripada keterbukaan kepimpinan negara didalam melayari masyarakat berbilang kaum didalam negara kita.
Kita harus ingat bahawa keterbukaan yang keterlaluan boleh menyebabkan kita akan mudah diperkotak katikkan oleh masyarakat ultra yang mudah lupa akan asal dan usul mereka selama ini yang mana menumpang kasih didalam negara merdeka yang kita cintai ini.
Disebalik kelantangan puak sebilangan ultra ini, ada juga pemimpin melayu yang menyahut segala tindakan yang dibuat dengan melaungkan "negara ini bukan melayu yang punya, negara ini adalah india dan cina yang punya" ,,selain daripada kata-kata, "tidak ada lagi ketuanan melayu, sekarang ini, ketuanan rakyat", dan "negara ini bukan UMNO/BN yang punya, negara ini negara Rakyat" adalah merupakan satu lagi phenomena baru dalam negara yang boleh menyebabkan wujud satu komplot didalam masyarakat sehinggakan ada dikalangan kita yang sudah mula resah dan gelisah tentang "penjajahan minda bentuk baru" yang kalau tidak disekat akan boleh menyebabkan keresahan dikalangan umat islam dan melayu dalam negara kita.
Percayalah, kepimpinan kita, bermula dari sekarang mesti melakukan sesuatu dengan secara drastik tetapi bukan melulu supaya segala tindakan yang dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kepada bangsa dan tanahair ini akan dapat disekat dengan sewajarnya.
Kalau tidak kita akan menerima padah dan nasib yang tidak menentu malah lebih teruk daripada apa yang berlaku pada tahun 1511 apabila negara ini mula dijajah oleh portugis 497 tahun yang lalu.
Maka sedarlah kita, supaya jangan biarkan kita dijajah...

Monday, August 25, 2008

Antara Muhabalah & Muqabalah

Sejak sekian lama di dalam masyarakat melayu apabila kita nak memberi penegasan atau penjelasan tentang bukti sesuatu perkataan atau maksud yang tersirat didalam hati dengan lebih menyakinkan ialah melalui sumpah. kebiasaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kekadang terasa kenyataan yang dikeluarkan oleh seseorang itu sudah terhakis keyakinannya atau takrif atau disebabkan oleh dalih yang dibuat oleh sipendengar yang tidak mahu menerima alasan atau disebabkan oleh persekitaran yang menyebabkan sumpah itu berlaku.
kebiasaannya dalam masyarakat kelantan, orang akan berkata, "sungguh.. demi Allah heh" atau "Mu nak suruh aku bersumpah tobat kafir laq pun aku sanggup" , "Aku bercakap atau "kecek" dibawah cahaya lampu ni takke mu tak caya lagi" juga dianggap sebagai sumpah yang berlegar-legar diruang masyarakat kelantan sejak dari dulu lagi dan masih lagi diamalkan sehinggakan kehari ini.
Maka senario-senario tersebut telah dianggap sebagai bukti kesungguhan seseorang dalam memberikan kekuatan dan keyakinan diatas apa yang hendak dizahirkan. Dalam islam, semua sumpah-sumpah diatas tidaklah diambil kira kerana didalam keadaan yang sebenar sumpah atau dipanggil MUHABALAH hendaklah ditakrifkan sebagai sumpah yang bersungguh-sungguh seperti menyebut diawal kata , Bismillahi, Wabillahi, Wattallahi, .. adalah dianggap sumpah yang sebetulnya mengikut ulamak-ulamak yang muktabar dan didalam fahaman ahli sunnah waljamaah yang kita pegang selama ini.
Namun, Sejak akhir-akhir ini, kita barangkali banyak terbaca di dada-dada akhbar dan media elekronik tentang sumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan yang bermuhabalah didalam masjid lepas solat asar yang mengaku bahawa dirinya telah diliwat oleh majikannya iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim yang ternyata sumpah laknat sehingga kehari kiamat itu terbukti menunjukkan kesungguhan beliau dalam membuat pengakuan tentang liwat tersebut.
Akan tetapi, yang lebih menghairankan saya bagaimana pemimpin-pemimpin PAS yang dianggap menjunjong Alquran dan Hadis seolah-olah menafikan hak Saiful sehinggakan Nik Aziz sendiri membuat kenyataan bahawa muhabalah tersebut tidak mengikut lunas islam. Ini jelas menunjukkan bahawa demi kepentingan politik puak yang diamalkan oleh Barisan Alternatif cuba mempertahankan kesalahan walaupun jelas didalam hati masing-masing bahawa segala yang dilakukan oleh Saiful itu adalah berlandaskan kepada hukum yang sebenarnya.
Buat masa sekarang walaupun penafian demi penafian dibuat, namun pemimpin-pemimpin PAS masih lagi belum menjawab apakah jenis sumpah yang sebenar yang harus dilakukan oleh Saiful dalam menghadapi kemelut ini sebelum ke Mahkamah. Saya yakin sekiranya Pemimpin dan Ulamak PAS memberikan panduan sudah tentu selepas daripada ini Sdr Saiful akan lagi sekali bersumpah untuk memberikan lagi keyakinan kepada pemimpin-pemimpin yang berdolak dalih dalam usaha beliau yang murni ini.
Dalam keributan dan keasyikan dengan Bermuhabalah timbul persoalan tentang wujudnya satu pakatan didalam parti PAS dan UMNO untuk duduk berbincang semeja atau meja bulat bagi membawa hala tuju baru dalam penyatuan bagi orang-orang melayu. Perbincangan ini atau MUQABALAH telah dilihat sebagai satu usaha untuk menyelamatkan bangsa melayu daripada kemelut kesempitan perjuangan parti masing-masing di dalam memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa melayu. PAS telah dilihat sebagai sebuah parti yang senantiasa berdolak dalih dalam usaha ini sejak sekian lama dan tidak pernah mengambil berat akan segala perancangan yang hendak dibuat melainkan kerana takut dengan kedudukan didalam Barisan Alternatif. Buat masa ini, saya yakin selepas pilihanraya kecil di Permatang Pauh, UMNO akan terus berusaha untuk mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan saya juga percaya bahawa harus wujud satu usaha dikalangan pemimpin muda UMNO dan PAS untuk duduk semeja sambil minum kopi, mungkin di Kopitiam atau di Starbuck atau dimana-mana untuk sama-sama memikirkan tentang nasib dan perjuangan anak bangsa yang dilihat semakin hari semakin terhakis dek disebabkan oleh kepentingan parti masing-masing.
Ingatlah, supaya usaha-usaha ini akan dilihat sebagai satu usaha untuk masa depan anak cucu kita sendiri, supaya satu hari nanti mereka tidak akan menelanjangkan seluar dan kencing diatas kubor kita sendiri disebabkan oleh fahaman politik yang boleh meruntohkan bangsanya yang diamalkan hari ini.
Muhabalah dan Muqabalah adalah sama-sama penting dalam perjuangan politik melayu hari ini, Satu untuk membuktikan keyakinan tentang wujudnya amalan luar tabie pada pemimpin politik melayu, yang satu lagi pula untuk membuktikan agar melayu dan islam kekal relevan dalam negara sendiri sampai bila-bila...wassalam..

Sunday, August 17, 2008

UITM, PKR Jangan Jadi Barua

Angin bantahan bertiup kencang sekarang ini dek disebabkan oleh kerakusan dan kebaruaan PKR dalam membawa cadangan supaya kuota 10% diberikan kepada bukan melayu untuk menuntut di UITM. Penulis merasakan bahawa status quo yang mahu diogeh oleh PKR melalui cadangan MB Selangor Khalid ini adalah semata-mata untuk menunjukkan bahawa PKR sekarang ini adalah merupakan wadah perjuangan politik campuran orang bukan melayu lebih-lebih lagi dengan hampirnya pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh yang seolah-olah cuba menarik sokongan orang bukan melayu tentang isu dan matlamat perjuangan mereka.
Sudahlah PKR, Kau orang harus sedar yang jangan sesekali bermain dengan api yang boleh membakar diri sendiri. Gerakan yang dimainkan sekarang sedikit masa nanti akan memusnahkan masa depan bangsa sendiri dan akhirnya akan memusnah generasi dan matlamat perjuangan bangsa melayu dibumi sendiri.....

Monday, April 14, 2008

Pilihanraya Akan Datang, Tak Perlu Fikir Pengundi Luar



Saya merasa terharu dan kecewa diatas Program yang telah dikelolakan oleh Pemuda Kelantan bersama dengan pemuda UMNO Malaysia semasa pilihanraya yang lalu iaitu "JOM Kelik Ngundi" Atau "Pakat Kelik Ngundi". Rasa kecewa ini bukanlah disebabkan kegagalan program tersebut malahan rasa kekecewaan lahir daripada perasaan tidak puas hati atas natijah disebalik program yang kita kelolakan. Ibaratkan orang lain makan nangka orang lain yang kena getah.
Saya masih ingat lagi semasa sesi "brainstorming" di Hotel Hilton Kuala Lumpur Sentral yang dihadiri oleh rakan Biro politik pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Chief YB Khairy Jamaludin, YB Dato' Ab.Rahman Dato Dahlan dan Dato Ab Hamid Nazahar tentang apakah tajuk atau motto yang perlu digarapkan oleh pemuda Kelantan dalam memberikan satu impak supaya anak muda kita akan pulang ke kawasan semasa pilihanraya nanti dan bagaimana supaya ianya akan mendapat kesedaran tentang keperluan untuk mereka balik untuk mengundi kerajaan BN yang ternyata banyak membantu mereka dalam pendidikan dan pembangunan negeri walaupun negeri kelantan telah diterajui oleh Pas sejak 18 tahun yang lalu.
Malangnya Motto Pakat Kelik Ngundi dan "Pade Doh 18" telah dibalas dengan "Muda Lagi 18" dan "62 tahun putus Haid Dah " oleh Pas Negeri sedikit sebanyak membantu kempen Pas keatas orang muda yang pulang ke kawasan masing untuk mengundi mereka.
Pelancaran dan Gimik berjaya dilakukan di Kuala Lumpur, dengan kehadiran oleh semua Ketua-ketua Pemuda Bahagian diketuai oleh Sdr Dali Husin selaku Ketua Pemuda Negeri, semua daripada kita berikrar dan berjanji untuk bertungkus lumus bekerja untuk memastikan segala persiapan dibuat dengan jayanya termasuklah mengadakan simposium anak-anak kelantan dirantauan di UITM Shah Alam disamping beberapa mesyuarat khas dengan Persatuan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan (Muafakat) tentang perlaksanaan dan kaedah penyusunan untuk membawa pulang anak-anak kelantan tersebut.
Ternyata segala persiapan yang memungkinkan akan membawa pulang seramai 60,000 orang pemuda dan beliawanis daripada luar kelantan ini insyaAllah sedikit sebanyak akan membantu kearah merealisasikan harapan agar orang muda yang berada diluar kelantan dapat sama-sama membantu untuk mengeluarkan kelantan dari kancah kemiskinan dan kemunduran. Kita berusaha untuk mengembalikan maruah orang muda yang dipinggirkan dari arus pembangunan negeri sejak sekian lama, namun nampaknya orang muda yang berada diluar dari kelantan tidak memahami hakiki dan kehendak yang sebenarnya malahan terpesong oleh masalah nasional dan lonjakan pemikiran yang cuba diperkotak katikkan oleh pemimpin parti pembangkang, akhirnya kita melihat apabila terjemahan kepada tong-tong undi diseluruh negeri dibawah saluran 3 dan 4 yang ternyata tidak menyebelahi kita.
Untuk akan datang, biarlah perantau-perantau ini dibiarkan, suka hatilah mereka sama ada untuk pulang ataupun tidak didalam pilihanraya yang akan datang ini. Kita sudah terasa bahawa segala yang dibuat tidak akan difahami selagi pemikiran kolot dan jumud sudah memakan diri sendiri.. biarlah orang muda..kita jaga yang sedia ada...
Posted by Picasa

Saturday, April 12, 2008

Mengapa PAS Pertahankan Isu BaBI?

Saya merasa sungguh sedih dan terkilan diatas sikap parti PAS yang seolah-olah bermain dengan isu yang menyentuh sensitiviti orang melayu dan islam dalam negara kita, kita masih ingat dulu apabila berlakunya penyerebakan penyakit JE diNegeri Sembilan di suatu ketika dulu, PAS terus terang bertindak menyalahkan kerajaan dan terus menerus menghentam kerajaan diatas usaha itu walaupun kerajaan sentiasa berusaha untuk menangani isu tersebut dan akhirnya berjaya bertindak membasmi penyakit JE dengan berkesan ekoran dari penternakan yang tidak tersusun oleh pengusaha-pengusaha ternakan, sekarang ini sudah jelas terbukti demi kepentingan politik yang rakus, PAS sanggup bersekongkol dengan DAP didalam mempertahankan usaha kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan projek ladang ternakan RM100juta yang ternyata tidak akan memberikan apa-apa makna keatas pembangunan malah akan memberikan suatu impak buruk lebih-lebih lagi kepada alam sekitar dan kehidupan masyarakat setempat.Apakah tidak ada apa lagi yang difikirkan oleh kerajaan selangor dibawah pembangkang yang ternyata takut dengan desakan kaum cina, dimana duduknya dan posisi sikap PAS dalam hal ini?. sanggup menggadaikan maruah islam semata-mata untuk politik!

Selamat Datang Ke Blog Malayquest

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelawat yang melawat laman blog ini, laman blog ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan citarasa masa kini tentang kedudukan orang melayu dan islam dalam negara kita. Sekiranya tuan puan serta saudara saudari mempunyai komen atau apa-apa bersangkutan tentang isu yang dikeutarakan silalah bersama-sama untuk membantu meningkatkan lagi dengan keihklasan untuk membawa orang melayu dan islam dalam negara kita ke tahap yang tertinggi dan sebenarnya....wassalam dan salam hormat
anuar hj safian..