Wednesday, October 29, 2008

Debat Terbuka - Pemuda Kubang Kerian Sokong

Apabila menyentuh tentang Debat Terbuka yang ada dipersetujui oleh Sdr Khairy Jamaludin baru-baru ini kepada calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding di kepimpinan tertinggi UMNO pusat, maka ramailah yang memberi komen samaada setuju atau tidak ianya hanya bergantung kepada keihklasan untuk memberikan pandangan apabila berada didalam platfom debat dan perbahasan tersebut.
Pada Hemat saya debat terbuka ini perlu memandangkan sekarang ini kita melihat begitu ramai sekali pemimpin-pemimpin yang mula seolah-olah rakus inginkan jawatan tetapi tidak mempunyai visi dan misi yang benar-benar berkualiti dan jelas untuk mengangkat martabat dan perjuangan UMNO, selari dengan kehendak zaman dan keadaan.
Sudah pasti debat ini bukanlah medan untuk mengutuk sesama sendiri, tetapi sebagai medan untuk menyuarakan hasrat perjuangan masing-masing didalam parti keramat UMNO yang tercinta ini.
Saya kira sudah sampai masanya kita memandang kedepan, bukanlah kita hendak meniru secara total Debat Presiden Amerika Syarikat, yang ternyata dijalankan dengan penuh profesional walau adakalanya penuh sinis dan menghentam peribadi.
Tetapi kita merasakan dengan kedudukan negara dan senario politik sejak akhir-akhir ini yang mula berubah bukan sahaja kita sebagai pemimpin UMNO secara strategiknya tetapi kita juga sebagai pemimpin rakyat yang berbilang kaum yang memerlukan satu tuntutan yang betul-betul mampu mentadbir dengan meniti jarum-jarum tajam yang sentiasa menanti sengketa, dan sudah tentu kita perlu mencari pemimpin yang benar-benar bijak, jujor, ikhlas, bekerja kearah kesejahteraan Parti Melayu dan BN, dan mesti tegas dalam segenap perkara, tidak bertolak ansur kepada kedudukan Melayu, Agama Islam, Bahasa dan Perlembagaan termasuklah kontrak sosial.
Inilah ciri-ciri pemimpin yang kita mahukan, maka perdebatkanlah, agar kita semua tahu isi hati perjuangan masing-masing....

1 comments:

adibeta said...

Kata Ahmad Nisfu..Jangan takut…lawan.... Kita mahu Ketua Pemuda dipilih adalah yang berkualiti bukannya berdasarkan poulariti
semata-mata.

Justru itu bagaimanakah kualiti itu dapat dinilai..

Dengan berdebat ini akan membasmi politik wang. Ini kerana dalam perdebatan, calon-calon akan mengemukakan hujah-hujah masing yang akan dinilai oleh para perwakilan. Disinilah kualiti,dasar, amanah dan hala tuju yang akan dibawa dinyatakan secara terbuka.Khalayak akan menilai dan membuat pemilihan.Mereka akan memilih yang benar-benar layak.

Jadi, walaupun 'cubaan jahat' dilakukan, saya penuh yakin dan percaya mereka akan menolaknya.Itulah tradis dan tekad beramanah yang wajib dijunjung.


Soal ia boleh memburukkan parti adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana sebelum inipun siapa yang mengumakakan pelbagai kritikan secara terbuka yang memalukan dan mendedahkan apa yang dikatakan kelemahan pemimpin dan parti kepada umum?

Jadi sahutlah cabaran, jangan terlalu primitif dan negatif dengan menganggap orang UMNO belum matang.Yakinlah jika kita ikhlas, jujur, bertindak atas visi dan misi ,beramanah dan sentiasa bersifat kondusif, Allah akan bersama kita.Jangan takut dan bimbang.

Selamat Datang Ke Blog Malayquest

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelawat yang melawat laman blog ini, laman blog ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan citarasa masa kini tentang kedudukan orang melayu dan islam dalam negara kita. Sekiranya tuan puan serta saudara saudari mempunyai komen atau apa-apa bersangkutan tentang isu yang dikeutarakan silalah bersama-sama untuk membantu meningkatkan lagi dengan keihklasan untuk membawa orang melayu dan islam dalam negara kita ke tahap yang tertinggi dan sebenarnya....wassalam dan salam hormat
anuar hj safian..