- Dalam keributan politik pemilihan semasa hari ini, ianya menuntut sesuatu pemikiran yang tajam, tersusun dan penuh teliti dalam menentukan perubahan kepada keadaan kekalutan yang dialami buat masa ini, sangat terasa bahangnya.(must have an instinct)
- Masing-masing di bahagian selesai sudah pemilihan yang menentukan pucok pimpinan diakar umbi, walaupun penuh dengan permainan dan hikmat tersendiri tersentuh bodi dan keakraban
- sekarang ini kita memikirkan tentang hala tuju nasional untuk menentukan jatuh bangunnya bangsa pemuda melayu dipersada nasional.
- YB Khairy Jamaludin telah pun mengistiharkan diri untuk membawa pemuda kearah yang lebih baik dimasa hadapan dengan temanya "setiakawan".Mudah-mudahan betul-betul setiakawan.
- Tiga lagi pemimpin yang menawarkan diri iaitu Dato' Seri Khir Toyo, Datuk Mukhriz Mahathir dan Dato' Zahidi Zainul Abidin masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu memikat para pemuda dan perwakilan untuk sesi akan datang dengan agenda masing-masing.
- Tapi apa yang paling penting ialah, perjuangan selepas daripada kemenangan.
- Saya sendiri tidak mahu lagi, apabila sebelum dari kemenangan masing-masing cuba memikat dan menambat hati dengan apa cara sekalipun, kerap berjumpa dan bertanya khabar.
- tapi selepas kemenangan, bukan saja talipon tak berangkat, tanya khabar pun tidak, apatah lagi hendak berjumpa mata dan turun ke negeri.
- Para pemuda sekelian, buatlah keputusan yang tepat, jangan menyesal tak sudah, carilah pemimpin yang ada sejarah. Ingat sebelum kena..
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago
0 comments:
Post a Comment