Saturday, October 25, 2008

Anwar Ibrahim-Sudah Kehabisan Modal


Semalam saya terbaca dalam sinar harian berkaitan dengan kenyataan yang dibuat oleh Defacto Leader PKR Anwar Ibrahim berkenaan dengan pengambilalihan Kuasa Negara yang mana beliau sekarang ini sedang giat memberikan sepenuh tumpuan pada kedudukan ekonomi negara yang pada pandangan beliau, negara dalam kedudukan amat tenat untuk berdepan dengan krisis kewangan global, dengan tidak mempunyai persedian rapi untuk menghadapinya.

Dalam masa yang sama beliau bertindak untuk menyampaikan hujah dalam Dewan Parlimen dengan Laporan Budget PKR setebal 20 muka surat, yang pada pengamatan saya tidaklah ada bezanya dengan Laporan Budget Kerajaan Barisan Nasional. Kononnya beliau sekarang ini tidak memberi penumpuan penuh kepada pengambilan kerajaan disebabkan oleh kedudukan ekonomi tersebut.

Pada hemat saya, dan kebetulan saya ada menerima panggilan talifon dari sinar harian Edisi Timur menanyakan pandangan saya tentang perkara berikut dan ini komen yang saya berikan.

"saya melihat bahawa kedudukan Anwar Ibrahim dalam kedudukan negara sekarang amatlah tidak relevan disebalik kedudukan Ekonomi Negara yang pada dasarnya adalah kukoh berbanding dengan lain-lain negara dirantau ini, kita mempunyai reserve bank negara yang mantap disamping banyak dana dalaman negara yang boleh membantu untuk menyelamatkan negara sekiranya berkemungkinan keadaan Ekonomi Global yang tidak menentu ini melanda negara"

"Pada dasarnya, Anwar Ibrahim sudah tidak lagi mempunyai kekuatan untuk menarik mana-mana ahli parlimen Kerajaan untuk menyertainya, dan setelah bermacam-macam usaha dan propaganda dibuat, akhirnya beliau sedar yang kita mempunyai Ahli Parlimen yang betul-betul setia dan cintakan BN sesuai dengan amanah rakyat yang telah diberikan didalam Pilihanraya yang lalu, apabila ini berlaku, beliau cuba mengalihkan pandangan dan persepsi rakyat terhadap kedudukan negara dalam menghadapi krisis ekonomi."

" saya percaya bahawa, dengan adanya transformasi terpimpin pemilihan UMNO yang sedang berlangsung sekarang ini dan hingga Mac 2009, kita akan dan sudah pasti mempersiapsiagakan kedudukan dan harapan rakyat untuk kembali memerintah negeri-negeri yang akan ditawan semula didalam pilihanraya yang akan datang, dengan Kepimpinan Baru yang lebih mantap dan tersusun."

"kita semua optimistic dan tidak lagi mahu melihat adanya pemimpin rakus seperti Anwar Ibrahim berada lagi dalam Parlimen, yang ternyata banyak menyusah dan membebankan rakyat dengan pandangan retorik dan mengikut hawa nafsu"

"Saya yakin dan benar-benar percaya, kerajaan yang ada pada hari ini tidak akan ditukar dengan cara yang tidak Demokratik, dan sekaligus mengenepikan andaian bahawa ianya akan bermula selepas Anwar Ibrahim berada dalam Parlimen"

"Kerajaan yang ada pada hari ini, akan bertambah kuat dan kukoh selari dengan majoriti dan mandat yang telah diberikan rakyat, dan tak usahlah Anwar Ibrahim bermimpi"

Sedarlah kita semua, marilah mulakan langkah perobahan...

2 comments:

adibeta said...

Petikan pendapat saya daripada http://kuda-kepang.blogspot.com/ di bawah tajuk:Tubuhkan MAPEN III dan terokai Sistem Ekonomi Islam yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan isu yang saudara utarakan...

YBHG Datuk, saya selalu tertanya-tanya kenapakah kita terlalu sukar untuk meletakkan kepercayaan yang sepenuhnya kepada pihak kerajaan untuk menangani masalah ini.

Kenapa dalam diri kita sentiasa ada persepsi negatif kepada semua perkara yang dilakukan oleh pihak kerajaan...kerajaan yang tidak betul atau diri kita yang terlalu emosinal, taksub dengan mana-mana individu lantas menganggap orang lain semuanya tidak tahu.Kita dan individu tertantu sahaja yang BIJAK,CERDIK dan PANDAI!!!

Seperti juga perangai pihak pembangkang...memerintah 5 buah negeripun dah kelam kabut...

DSAI pun sama. Mengkritik satu sistem yang beliau pernah sanjungi, ahkirnya ramai yang telah bertanya kenapa 'Islah' tersebut tidak dibuat semasa berkuasa. Begitu juga seseorang dilabel tokoh ekonomi pembangkang...dlm parlimen bising pasal sepinggang nasi...

Pada padangan saya yang terlalu jauh daripada bergelar pemimpin..yang diperlukan ialah cadangan-cadangan yang bernas,membina dan mempunyai kekuatan untuk menangani krisis ekonomi ini...bukan cadangan yang mempunyai kepentingan individu dan kelompok tertentu sahaja.

Secara jujurnya, kalau kita merasakan kita amat menyanyangi negara ini,orang lainpun mempunyai kecintaan yang sama.

Kalau kita bertekad untuk membawa negara ini ke puncak kejayaan, percayalah Pihak pemerintah juga bermatlamat sedemikian....

Kurangkan stress...percaya dan yakinlah tidak ada mana-mana kerajaan yang akan memusnahkan kerajaannya sendiri. Insyaalah dengan izin Allah.

11:11 PM

Anonymous said...

A'kum saudara seperjuangan,
sebagai pergerakan pemuda yang merupakan sayap penting kerajaaan, ingin saya cadangkan di sini supaya kita bergerak dengan lebih agresif dalam mencari kelemahan-kelemahan yang ada dalam pentadbiran kerajaan yang diperintah oleh pihak pembangkang. Tidak perlu kita menjungkil isu-isu yang besar kerana mengikut pengamatan saya berkaitan trend yang digunakan pembangkang, mreka hanya menggunakan isu-isu kecil yang diperbesarkan namun ianya cukup berkesan melahirkan kebencian terhadap pihak kerajaan BN.
Cuba-cubalah kita menyuluh ke dalam bangunan MPKB yang cukup gah dengan falsafah retoriknya, namun cukup memualkan apabila diamati kerenah birokrasinya...
sekian, wasallam...

Selamat Datang Ke Blog Malayquest

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelawat yang melawat laman blog ini, laman blog ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan citarasa masa kini tentang kedudukan orang melayu dan islam dalam negara kita. Sekiranya tuan puan serta saudara saudari mempunyai komen atau apa-apa bersangkutan tentang isu yang dikeutarakan silalah bersama-sama untuk membantu meningkatkan lagi dengan keihklasan untuk membawa orang melayu dan islam dalam negara kita ke tahap yang tertinggi dan sebenarnya....wassalam dan salam hormat
anuar hj safian..