Saturday, October 18, 2008

Jangan Sesekali Jadi Rakyat Zaman Inggeris & Jepun



Dua malam yang lalu, saya sempat singgah disatu kedai kopi di Pasir Tumbuh, dalam kawasan saya, kebetulan ada mesyuarat pemuda bahagian membincangkan tentang perkara-perkara yang berkait rapat dengan mesyuarat perwakilan bahagian.Kebetulan kedai kopi tersebut berada didepan Pejabat UMNO Bahagian.Tetapi bukan itu yang nak dibincangkan.


Saya amat tertarik dengan satu kenyataan yang dibuat oleh seorang tua(lama) yang sambil menghirup kopinya bertanya khabar tentang kedudukan orang melayu selepas Paklah turun pada bulan Mac 2009 nanti. Katanya dia cukup bimbang kalau sekiranya apa yang akan berlaku nanti seperti pengalaman dizaman jepun. Apabila Inggeris menjajah negara 1895-1941, masa itu orang melayu hidup dalam keadaan yang cukup perit, terpaksa hidup dengan keadaan yang cukup terhimpit, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, soal pentadbiran yang tidak langsung memberi kesempatan kepada orang melayu, dan terus menerus menjadi hamba.


Maka, setiap malam jumaat, semua orang dikerahkan untuk bersembahyang hajat agar Allah membantu rakyat dan negara dan supaya Inggeris keluar dari negeri ini, dan kebetulan kedengaran pada waktu itu, Jepun sedang berusaha untuk menakluk negara-negara asia, maka berdoalah orang kampung semua supaya Jepun datang dan menghalau Inggeris keluar. Maka dimakbulkan Allah s.w.t , Jepun masuk ke negara kita melalui kota bharu, pada malam 8hb Disember 1941.


Tetapi malangnya, apabila jepun masuk ke Malaya yang menandakan bermulanya juga era perang dunia kedua sehari selepas penyerangan di Pearl Harbour Hawaii, orang melayu mula sedar bahawa pemerintahan jepun adalah lebih dasyat daripada apa yang ditinggalkan oleh Inggeris, dengan terpaksa meneruskan hidup dengan memakan ubi kayu, maka berdoalah dan bersembahyang hajat pulalah orang kampung bermunajat bermohon supaya Allah s.w.t memberikan jalan supaya Jepun keluar daripada bumi Malaya, dan memohon supaya Inggeris kembali. Dimakbulkan Allah, selepas 9hb Ogos 1945, Jepun menyerah kalah selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima, maka kembalilah semula Inggeris meneruskan pemerintahan Malaya, tapi kali ini dengan agak berbeda tetapi meneruskan dasar-dasar lama termasuklah penubuhan Malayan UNION yang ditentang hebat oleh UMNO dan seterusnya menjurus kepada lahirnya kemerdekaan.


Apa yang paling penting tentang kesedaran itu ialah, jangan mudah lupa akan sejarah, dan jangan jadi seperti rakyat zaman inggeris dan jepun, renung-renungkanlah...


1 comments:

adibeta said...

Jangan kerana lihat langit menjadi gelap,kilat sabung menyabung, petir detum mendetum...air dalam tempayan kita curahkan.Bidalan lama ini nampaknya perlu 'dihighlightkan' semula.

Namun untuk menggantikan apa yang telah ditanam,dibaja dan disiram oleh pihak tertentu sekian lama memerlukan satu usaha yang kreatif,bersepadu dan bertoleransi.Tanpa kesungguhan, tekad dan keihklasan...bagaimana penggantian itu akan berlaku? Cukupkah jika hanya dikemukakan bukti sejarah ? Wajarkah kita hanya terus menjaja tanpa kita sendiri menampakkan kesungguhan yang jitu ?

Satu jasad yang ampuh adalah kerana keampuhan keseluruhan bahagian anggota jasad tersebut.Jika salah satunya sakit maka jasad tersebut tidak akan kukuh, teguh dan berkendiri. Jasad yang sakit adalah jasad yang berpenyakit. Jasad yang berpenyakit adalah jasad yang hanya mampu berkata-kata sedangkan kata-kata tersebut akan diterbalikkan untuk mengubatinya terlebih dahulu.Jika tidak diubati jasad yang berpenyakit ini akan terus parah,lalu mungkin akan menanti masa untuk REBAH...TEWAS dan akhirnya tinggal nama.....

Begitulah....walaupun dua atau tiga bahagian yang kecoh, hampir bertumbuk, lapor situ, lapor sini umpama bahagian-bahagaian jasad yang sakit.Walaupun sidikit jangan anggapnya lumrah dan tidak mempengaruhi keseluruhan jasad..umpama barah..mungkin cepat, mungkin lambat namun akan merosakkan keseluruhan jasad tersebut.

Sebagai ahli biasa yang terlalu jauh bergelar pemimpin...saya rasa sungguh kecewa dan hairan bagaimana pihak-pihak yang bergelar pemimpin akan melakukan semua perkara asalakan tercapai hajat masing-masing..KENAPA SEMUA MAHU MENJADI PEMIMPIN...NAK DAPAT APA DENGAN MENJADI PEMIMPIN?...itulah ayat biasa yang dikemukkan kawan dan lawan. Jenuh menjawabnya!!!!

Walaupun kebimbingan telah dizahirkan oleh orang lama itu, dijiwai sepenuhnya dengan jelas oleh saudara...dirasai dan difahami oleh saya...namun ingat ia juga akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Adakah sasaran kita FAHAM ? Apakah kekuatan yang kita ada untuk memahamkan kawan dan lawan jika kita umpama jasad yang sakit?Tenaga,Akal, Kecerdikan , Kukuatan, Semangat yang kita ada lebih banyak digunakan 'berperang' sesama sendiri. Sepatutnya SEMUANYA dihalakan kepada pihak lawan dan mengambil semua bahagian di hati rakyat yang telah dirampas!!! Semua pemimpin perlu jelas. Semua pemimpin perlu amanah dan semua pemimpin perlu berubah jika dalam hati mereka penuh kecintaan kepada parti.Dalam hati mereka penuh dengan keikhlasan untuk membela agama, bangsa dan negara.Kami rakyat 'kecil' tidak mampu mengubahnya !!

Jika tidak berubah, tidak berhasrat untuk berubah...tunggulah ,jangan menyesal bila semuanya telah DITALKINKAN.

Dalam sejuta mungkin ada sepuluh ribu. Dalam sepuluh ribu mungkin ada seribu . Dalam seribu mungkin ada seratus. Dalam seratus mungkin ada sepuluh dan dalam sepuluh mungkin ada SATU. Dalam sepuluh ribu, dalam seribu, dalam seratus, dalam sepuluh dan dalam satu..Insyaalah saya tetap disitu bersedia...ADIBETA

Selamat Datang Ke Blog Malayquest

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelawat yang melawat laman blog ini, laman blog ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan citarasa masa kini tentang kedudukan orang melayu dan islam dalam negara kita. Sekiranya tuan puan serta saudara saudari mempunyai komen atau apa-apa bersangkutan tentang isu yang dikeutarakan silalah bersama-sama untuk membantu meningkatkan lagi dengan keihklasan untuk membawa orang melayu dan islam dalam negara kita ke tahap yang tertinggi dan sebenarnya....wassalam dan salam hormat
anuar hj safian..