Saya berharap benar kepada sesiapa yang ingin menawarkan diri bertanding dalam pemilihan samaada di peringkat bahagian atau pusat supaya sebelum membuat keputusan untuk bertanding agar bermuhasabah diri terlebih dahulu agar dapat menerima hakikat apabila tidak terpilih atau kalah dalam pemilihan tersebut.
Ini kerana diKelantan sejak akhir-akhir ini mula merebak satu sindrom kurang sihat dikalangan ahli parti yang menjurus kearah perpecahan yang berpanjangan, sehinggakan wujud satu sindrom kecam-mengecam kepada calon yang telah diishtiharkan menang dalam pemilihan tersebut. Sindrom ini telah menyebabkan satu suasana yang tidak bermoral sehinggakan ianya melebihi daripada tentangan kepada PAS dalam pilihanraya. Kalau beginilah sikap sesetengah daripada kita dalam pilihanraya yang lalu, saya rasa amat bersyukur tetapi malangnya tenaga dan wang ringgit telah digunakan secara mudah dengan sanggup membuat poster, banner dan banting sambil mengecam tindakan pemantau perhubungan negeri yang telah diperturunkan kuasa oleh UMNO Malaysia untuk memantau perjalanan mesyuarat-mesyuarat yang telah dijalankan agar mengikut prosedur dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Bagi saya kalau ini dibiarkan ianya boleh menyebabkan satu perpecahan besar berlaku dalam parti yang sedang disaat ini memerlukan pembela-pembela yang boleh meletakkan semula parti diatas landasan yang betul dan sebenarnya.
Saya amat kecewa dan terkilan diatas sikap tersebut yang sekaligus menampakkan adanya satu kepentingan peribadi yang meluak-luak untuk memegang jawatan sehinggakan sanggup bermusuh dan bertindak diluar perbatasan agama dan naluri manusia.
Sehinggakan juga ada yang berlatar belakangkan agama sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak elok untuk dilihat oleh orang luar dari parti.
Saya ingin mengajak mereka ini supaya kembali ke jalan yang sebenarnya. Kalau kita sudah menyerahkan apa-apa bantahan kepada Mahkamah sebagai contohnya, tetapi akhirnya mahkamah telah membuat keputusan menolak bantahan tersebut maka kita kena terima hakikat bahawa itu adalah keputusan muktamad yang tidak boleh diragukan lagi.
Sedarlah parti adalah segala-galanya sekiranya kita ini seorang pejuang, berjuanglah dengan jalan yang jujur dan ikhlas, bukan berjuang untuk merosakkan perjuangan sendiri. Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Jangan disebabkan nila, susu binasa, sudah terantuk baru terngadah, Orang Muda harus membela bangsa, kalau tidak kita dipandang mudah..
Sedarlah sebelum terlambat...
4 comments:
Bermulalah Cita-Cita Ikan
BERMULALAH PESTA SELUANG NAK JADI LAMPAM. BILIS HENDAK JADI KERAPU. TERUBUK HENDAK JADI JELAWAT. GELAMA HENDAK JADI JENAHAK. CACING HENDAK JADI ULAR. ULAR PULAK TERINGIN HENDAK JADI NAGA. ADA JUGA BILIS YANG MENGIDAM HENDAK JADI JERUNG. JARANG BERJUMPA PAUS HENDAK JADI IKAN BIASA.Mungkin bos ada interpertasi.....ADIBETA
Sedarlah parti adalah segala-galanya sekiranya kita ini seorang pejuang, berjuanglah dengan jalan yang jujur dan ikhlas, bukan berjuang untuk merosakkan perjuangan sendiri....
Satu ayat yang mencernakan kejujuran dan kesungguhan dalam membina barisan pejuang UMNO yang hakiki....namun...ada pendapat mengenai MUHASABAH dari sudut menilai diri sendiri sebagai orang perjuangan.
PEMIMPIN yang TERPILIH ( sama ada peringkat bahagian ataupun pusat ) adalah lambang parti.Cara berinteraksi, bergaul, berpakaian adalah lambang parti.
Jawatan adalah amanah, adalah tanggung jawab yang membawa harapan jutaan ahli.Jadi jawatan bukanlah pemula untuk mengumpul kuasa,kehebatan dan kekayaan tapi adalah tongkat sakti untuk membela agama, bangsa dan negara.Pemimpin perlu menjadi pelengkap dan peneraju kepada landasan dasar parti bukan MENUMPANG dan akhirnya menjadi BEBANAN.
Justeru itu ....perlulah pemimpin memperkukuhkan jati diri, berintergriti,berilmu dan mempunyai kebolehan untuk menghadapi pihak lawan. Tak juga pemimpin UMNO hanya GAH bila 'berperang' sesama UMNO tapi KECUT,LAYU dan TERKULAI melihat kelibat lawan.
Bagaimana hendak menjadi pelapis jika tergagap-gagap memegan mic dalam 'bon' sendiri.Bagaimana kalau diminta untuk menghuraikan dasar,pendekatan dan cabaran parti jika memperkenalkan diripun serba tak menjadi.
Apa akan terjadi jika berdepan dengan perdebatan....rangupkah kita diratah atau kita meratah lawan? Apapun alasan,keupayaan berhujah adalah karisma sejati pemimpin berwibawa.
Selain itu, cara berinteraksi, kepekaan terhadap kejiwaan rakyat,keperihatinan masalah setempat, kesungguhan berkhidmat,kecekapan bertindak atas keperluan semasa adalah perkara-perkara asas yang telah jauh ditinggalkan oleh pihak lawan.Sebagai contoh, jika ada kebakaran atau masalah rakyat setempat, pihak lawan terlebih dahulu datang memberikan bantuan dan disiarkan dalam media setempat.
Selain daripada itu, kemewahan yang tonjolkan pemimpian PALING TIDAK MESRA RAKYAT.Apala salah jika kemewahan yang ada (contohnya kereta)tidak digunakan jika menghadiri majlis rakyat sebaliknya gunakanlah yang 'agak mesra rakyat'.Walaupun HIPOKRIT, apasalahnya....
Akhirnya,ubat walaupun amat pahit rasanya tetapi terbuki boleh menyembuhkan dengan izin ALLAH.Ada kelemahan berusahalah memperbaiki..PERJUANGAN adalah HEBAT bila kita MENUMPASKAN LAWAN bukannya MENJATUHKAN KAWAN.Berusahalah,kerana inilah sumbangan untuk Agama, Bangsa dan Negara. Insyaalah....
Tradisi UMNO adalah memberi ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan. Tradisi UMNO mementingkan musyawarah untuk menjamin perpaduan. Kita mesti memberikan sokongan padu kepada ketua yang di pilih. Itulah tanda kesepakatan perjuangan dengan semangat sepasukan yang padu. Itulah tanda kesetiaan demi mencapai wawasan yang jitu. Pemimpin datang dan pergi silih berganti. Setiap Ketua telah berkhidmat, berbakti dan berjasa dalam zaman dan era tersendiri yang telah terpahat dengan tinta emas sejarah. Generasi kini amat menghargai setiap idea, sumbangan fikiran, dasar-dasar kecil dan besar yang telah mengubah landskap sosio-politik negara bangsa kita. Jasa para pemimpin tinggi nilainya. Hormat kita kepada mereka tiada taranya.
Namun, kerunsingan terserlah apabila pimpinan yang disanjung mula bertelagah. Kebimbangan kita pun bertambah apabila pembangkang mula mengambil kesempatan. Alangkah lega dirasakan jika kita diberi peluang untuk membina bangsa dan negara tanpa cabaran seumpama ini. Mampukah kita bercanggah sedangkan impian dan wawasan tinggal 12 tahun cuma, untuk dipenuhi? Mampukah kita bersengketa jika anak bangsa masih belum gagah di bumi sendiri? Pertelagahan akan berakhir dengan perpecahan. Dari itu, tinggi harapan kepada semua yang cintakan agama, bangsa, dan negara agar cahaya perdamaian akhirnya nanti menyinari suasana yang muram.
Pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar berpesan: “kita berkehendak supaya tanah air dan bangsa kita terselamat dan kuat dan hanyalah boleh kuat jika bersatu padu”. Namun, sayang sekali sekiranya kita memilih untuk berpecah dan membawa haluan masing-masing. Maka musnahlah wawasan tidak kesampaian, hancur cita di hujung jalan, perjuangan suci tinggal kenangan. Oleh yang demikian,saya ingin mengingatkan diri saya dan kita semua tentang peri pentingnya mengamalkan konsep kerja sepasukan.
Oleh itu, perkara utama untuk mengukuhkan parti adalah dengan memacu minda ahli untuk mengamalkan konsep kerja sepasukan berteraskan konsep jemaah seperti yang diterapkan oleh Rasulullah S.A.W. Dari sudut bahasa, jemaah itu membawa erti persatuan dan lawannya ialah perpecahan. Konsep jemaah menyeru kita menjauhi diri daripada perpecahan dan pemulauan sesama kita. Menurut mafhum hadis, berjemaah itu adalah rahmat dan berpecah itu adalah azab.
Maka, konsep kerja sepasukan menuntut kita lebih bersikap toleransi untuk menerima pelbagai pandangan mahupun kritikan secara terbuka dan berlapang dada. Kata orang bersatu dalam perkara yang kita sepakati, bermusyawarahlah dalam perkara yang kita selisihi. Dengan bergerak sebagai satu pasukan yang saling memahami dan menghormati, kita dapat menolak anasir yang boleh memecahbelahkan kesatuan. Selain itu, setiap ahli dan pucuk pimpinan hendaklah saling nasihat-menasihati antara satu sama lain. Ini amat selaras dengan prinsip bahawa kepentingan parti mengatasi kepentingan individu.
Post a Comment