Monday, October 13, 2008
Kelab BN- bukalah seluas-luasnya, Tetapi tidak UMNO
Saya amat tertarik dengan cadangan oleh YAB Dato Seri Abdullah untuk menubuhkan kelab BN bagi memberikan keahlian secara langsung kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional yang tidak berada didalam parti-parti komponen. Sebenarnya Kelab BN ini adalah merupakan rintisan daripada apa yang pernah dilakukan oleh Parti Perikatan sejak lama dulu sebelum penukaran nama kepada BN pada 1973 yang menjurus kepada keahlian 'direct' melalui parti masing-masing.
Saya yakin dan percaya dengan adanya kelab ini, sedikit sebanyak mampu memberikan alternatif kepada orang muda dan kepada bukan ahli parti komponen untuk membantu dan menyertai BN dengan cara diluar daripada saluran berparti.
Apa yang penting bagi saya ialah supaya jangan sesekali ada diantara kita yang mencadangkan agar UMNO dibuka kepada ahli bukan bumiputera sepertimana apa yang dilakukan oleh Gerakan. Penduduk pribumi tidak akan sama sekali sama taraf dengan bukan pribumi. Soal parti Gerakan hendak mengadakan "trial and error" dalam membuka ruang parti mereka untuk lain-lain bangsa itu terserahlah..tapi jangan dengan UMNO, kerana kita tidak boleh lari dari tanggungjawab untuk menjaga bangsa dan agama. Biarlah ia kekal menjadi wadah pembela dan tidak lari dari perjuangan asal.
Posted by Hj anuar Hj safian at 1:34:00 PM 0 comments
Saturday, October 11, 2008
Tan Sri War Musa- Pemuda Kelantan Sokong Ke Naib Presiden
Dalam pengamatan saya, kesedaran untuk melihat pencapaian 5 negeri dan plus 1 jadi 6 termasuk wilayah persekutuan untuk membawa perubahan dalam pilihanraya umum akan datang harus dijadikan keutamaan dalam agenda politik 2008-2012.
Kalau kita lihat 6 buah negeri ini mempunyai 100 buah bahagian lebih iaitu lebih separuh daripada sejumlah 191 bahagian yang ada dalam negara kita.
Tetapi tidak ada seorang pun antara pemimpin negeri atau pengerusi perhubungan yang yakin untuk menawarkan diri bagi menduduki kerusi naib presiden bagi membantu timbalan presiden dan presiden bagi berdepan dengan parti-parti pembangkang dinegeri-negeri tersebut dengan komitmen dan azam yang tinggi.
Oleh yang demikian, sebagai Penolong Setiausaha Pemuda Negeri Kelantan dan Sebagai juga atas kapasiti Pengerusi Penaja 4B Negeri Kelantan, maka saya mencadangkan agar Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Annuar Hj Musa membuat penawaran diri untuk berkhidmat sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang.
Saya percaya dengan komitmen dan kebolehan beliau walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan dan kabinet sudah pasti mempunyai masa yang banyak untuk memberi penumpuan kepada usaha-usaha reengineering parti "perekayasaan semula Parti" supaya rakyat terbanyak lebih yakin dalam mendepani cabaran yang akan datang lebih-lebih lagi kepada usaha untuk menarik kembali maruah di negeri-negeri yang tewas.
Kebolehan luar biasa beliau sebagai pemidato hebat dipersada nasional, pendebat tersohor dialaf ini, pengalaman luas selama 25 tahun yang bermula dari bawah, adalah merupakan kriteria penting selain daripada bekas pentadbir kerajaan dikementerian belia dan sukan serta kementerian luar bandar disatu ketika dahulu.
Penglibatan beliau diarena pertembungan dalam pilihanraya bermula sejak 1986 hinggalah 2008 yang 3 kali tewas dan 3 kali menang adalah merupakan juga satu pengalaman yang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit sedangkan pengalaman ini juga adalah kriteria penting dalam merangka strategi baru bagi bertindak untuk masa hadapan.
atas kriteria itu, saya mohon Tan Sri War bertanding....
Posted by Hj anuar Hj safian at 12:32:00 PM 0 comments
Monday, October 6, 2008
Kelantan- Orang Muda Perlu Pembelaan Wajar
- Dalam sehari dua ini, kita semua sibuk dengan kedengaran disana sini tentang penawaran diri untuk perebutan jawatan diperingkat tertinggi parti. Rupa-rupanya ramai juga yang mengidamkan jawatan tertinggi parti setelah jelas Paklah membuat keputusan yang telah dijangka iaitu tidak akan membuat penawaran semula keatas jawatan presiden yang disandangnya sekarang.
- Persoalan sekarang ini jelas kepada kita bahawa parti sedang menghadapi satu transformasi jelas kearah untuk memantapkan sistem kepimpinan parti keramat UMNO yang telah lama bergelumang dengan krisis terutama sekali selepas pilihanraya yang lalu.
- Dalam masa yang sama kita semua harus ingat yang kesan daripada pemilihan jawatan tertinggi parti awal Mac 2009, nanti sekiranya tidak ditangani dengan baik, kemungkinan besar akan merebakkan sindrom baru yang boleh memusnahkan parti keramat yang dibina sejak 1946 yang lalu.
- Dalam kesibukan pemilihan ini juga, pemuda bahagian yang akan mengadakan pemilihan jawatankuasa baru bagi penggal 2008-2011 9akan mula bersidang pada 9hb Oktober ini, sekaligus akan memungkinkan pertarungan hebat 4 penjuru dari segi pencalonan tempat tertinggi pemuda Malaysia yang sudah pun diketahui umum.
- Tidak ketinggalan juga, saya sendiri ada membuat penawaran diri untuk sama-sama menjunjong parti dengan menawarkan diri untuk berkhidmat dan bekerja selaku Exco Pemuda Pusat sekiranya dicalonkan didalam mesyuarat Pemuda Bahagian yang akan berlangsung tidak lama lagi.
- Penawaran ini adalah disebabkan atas rasa keinsafan secara peribadi tentang hala tuju pemuda Kelantan ditahun-tahun yang akan datang merujuk dari segi ekonomi,sosial dan pembangunan belia.
- Agenda untuk melihat kelantan berubah tidak boleh dibiarkan terarus dengan masa yang mana semenjak PAS memerintah negeri ini bermula dari tahun 1990, orang muda sememangnya telah diulik dengan mimpi-mimpi indah parti pembangkang yang seolah-olah juga merebus anak batu bagi memberi makan kepada rakyatnya.
- Walaupun ada nampak pembangunan secara fizikal yang rata-ratanya didominasi oleh kaum bukan bumiputera secara "monopolize construction" tetapi pembangunan yang sebenarnya ialah untuk melihat anak muda dinegeri ini tidak dipinggirkan dari arus perdana pembangunan minda sebenar yang mana kita ingin melihat agar orang muda kelantan yang berada diperantauan harus pulang ke negeri ini untuk berbakti dan sama-sama membangunkan negeri disamping mencari peluang-peluang yang boleh membela keluarga dan masyarakat dengan cara yang lebih tersusun disebalik 21,000 keluarga miskin yang masih belum dibela sepenuhnya.
- Pertalian diantara pemuda negeri dan pusat haruslah lebih menjurus kearah memantapkan lagi usaha-usaha ini dengan memberbanyakan aktiviti-aktiviti kesedaran tentang pripentingnya tanggungjawab kerajaan negeri dalam membina masa depan orang muda yang sekian lama ketandusan dalam soal pembangunan lahiriah dan rohaniah yang lebih sempurna bukan setakat retorik dan angan-angan kosong semata- mata.
- Orang muda dikelantan perlu diberi perhatian yang serapi-rapinya dan tidak boleh diketepikan dari arus politik semasa yang boleh merosakkan masa depan mereka sendiri sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang memperjudikannya.
- Tugas berat sedang menanti terutama sekali apabila kita dikelantan bukan sahaja akan berjuang untuk negeri bahkan bagi mengembalikan semula maruah 5 negeri lagi yang tewas dalam pilihanraya lalu yang memerlukan tuntutan yang sama.
- maka dengan hasrat murni ini, insyaAllah mudah-mudahan Allah memberkatinya dan keinsafan yang berpanjangan nanti sedikit sebanyak boleh membantu kearah memberi kesedaran kepada anak muda kelantan dan negeri-negeri lain supaya bangkit bersatu membawa perubahan.
- sekarang sudah tiba masanya. Now is the time...
Posted by Hj anuar Hj safian at 12:49:00 PM 0 comments
Sunday, September 21, 2008
Buatlah Pilihan Yang Tepat
- Dalam keributan politik pemilihan semasa hari ini, ianya menuntut sesuatu pemikiran yang tajam, tersusun dan penuh teliti dalam menentukan perubahan kepada keadaan kekalutan yang dialami buat masa ini, sangat terasa bahangnya.(must have an instinct)
- Masing-masing di bahagian selesai sudah pemilihan yang menentukan pucok pimpinan diakar umbi, walaupun penuh dengan permainan dan hikmat tersendiri tersentuh bodi dan keakraban
- sekarang ini kita memikirkan tentang hala tuju nasional untuk menentukan jatuh bangunnya bangsa pemuda melayu dipersada nasional.
- YB Khairy Jamaludin telah pun mengistiharkan diri untuk membawa pemuda kearah yang lebih baik dimasa hadapan dengan temanya "setiakawan".Mudah-mudahan betul-betul setiakawan.
- Tiga lagi pemimpin yang menawarkan diri iaitu Dato' Seri Khir Toyo, Datuk Mukhriz Mahathir dan Dato' Zahidi Zainul Abidin masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu memikat para pemuda dan perwakilan untuk sesi akan datang dengan agenda masing-masing.
- Tapi apa yang paling penting ialah, perjuangan selepas daripada kemenangan.
- Saya sendiri tidak mahu lagi, apabila sebelum dari kemenangan masing-masing cuba memikat dan menambat hati dengan apa cara sekalipun, kerap berjumpa dan bertanya khabar.
- tapi selepas kemenangan, bukan saja talipon tak berangkat, tanya khabar pun tidak, apatah lagi hendak berjumpa mata dan turun ke negeri.
- Para pemuda sekelian, buatlah keputusan yang tepat, jangan menyesal tak sudah, carilah pemimpin yang ada sejarah. Ingat sebelum kena..
Posted by Hj anuar Hj safian at 12:05:00 PM 0 comments
Tuesday, September 16, 2008
Hari ni Ke 16hb September?
SEJAK Lepas jam 8 pagi tadi lagi kawan-kawan ramai yang call tanya khabar apa keadaan di Kuala Lumpur. Saya jawab jangan risau, ini adalah igauan semata-mata.
Tak usahlah kita perkecilkan kemampuan kerajaan yang ada pada hari ini untuk mentadbir. Ini bukan sekali kita menghadapi masalah yang runcing bahkan lebih runcing dan rumit lagi kita bisa hadapi.
InsyaAllah Allah selamatkan negara kita..
Posted by Hj anuar Hj safian at 2:43:00 PM 0 comments
Monday, September 15, 2008
Someone Sent Me This Message
paklah tertekan..pembangkang menekan...melayu same melayu bermusuhan..cina n india bertepuk tangan...nak takluk malaysia da lama dorang idamkan...hak bumiputera bukan lagi satu keistimewaan...cina ngan india dah jadik johan!
pkr mengganas...anwar kuarkan idea 'bernas'...orang umno hati panas...mca n mic pandai nak kipas...DAP tetap pilihan cina n india yang teratas...dorang sokong PKR tu ader 'nas'...
pernah satu tmpt dimana ahli parlimen cina berkata...saya luar saja BN..dalam hati DAP juga..kenapa melayu buta mata?gaduh je yang dorang suke..kenapa?...nak tunjuk yang korang berkuasa?padehal negara di hujung nyawa..bumiputera dinafikan hak sekeras-kerasnya...itu ke yang orang melayu suka?demonstrasi sini sana ...bikin kacau bilau satu negara...cina india duduk rumah gelak2 tgk brita...betapa orang melayu pun dah tak sekuat mana..mane melayu di masa muka?anak cucu korang gak yang jadi mangsa..
di perak satu hal...cina diberi tanah hak milik kekal...di mana undang2 tubuh negeri perak tak pnh melakukan perkara sebegitu yg tak masuk akal...skrg melayu yg rugi n tertinggal...MB pun satu...rujukla org2 atau undang2 yang dah dibekal...jangan buat keputusan yang tak masuk akal...smate2 nak tunaikan janji mase plihanraye yg dah terlafaz..
cina india otak bijak..skarang dorang sokong la PAS n PKR, lepas krajaan da jatuh,dorang akan pijak!
kalau anwar jadi perdana menteri..jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati...sape yang akan mengganti?ahli tertinggi PKR,cina dan india sedia menanti...orang melayu yang bijak n pandai n yg kuat PKR kan semua dah kuar parti...last2 cina india jadi perdana menteri..hak melayu slama-lamanya dinafi..di malaysia melayu jadi kuli..cina india suke hati lagi..ha melayu...nak sengih lagi?ade hati nak demonstrasi lagi?mase tu sape pun tak pdulipade dorang...lbih baik mlayu mati..
skarang cina india tgh menanti..paklah undur,najib jadi pengganti...tapi bila najib jadi perdana menteri..cina/india dah buat prangkap lagi...najib akan terjerat oleh skandal sendiri...tyme ni cina n india hentam najib sparuh mati...hentaman ini akan berlaku dikala krajaan blom tetapkan penerus generasi perdana menteri...
krajaan pade mase itu takkan dihormati...peristiwa 13 mei akan berlaku lagi...
ha melayu...gelak la lagi..bergaduh la sesame sendiri...
tak mustahil org melayu malaysia akan jadi spt org melayu di singapura...disekat keistimewaan di mana2..terabai seperti bangkai bernyawa..
SEDARLAH ORANG MELAYU...TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..TAK KISAHLA BN KE...PAS KE...TOLONG LA BERSATU PADU..NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ...TETAPI PASAL MARUAH BANGSA...PKR TU BONEKA JE..CINA INDIA SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...
TOLONG LA BUKAK MATE SKET!!!TAKYAH LA NAK GULINGKAN KERAJAAN...FIKIR LA SKET NASIB MELAYU..
DAH LA PEMERINTAH DAHULU PENAT2 NAK DPTKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU... ORANG MELAYU ...NAME PUN TANAH MELAYU OII...
SEDARLAH SIKIT...SAPE YANG NAK BELA MELAYU KALAU BUKAN ORANG MELAYU?SAPE????????CINA N INDIA BUKANNYE NAK BELA ORANG MELAYU...KORANG JE YANG TERHARAP2...
MELAYU AKAN BELA MELAYU..TAK KESAH LA BETAPA TERUKNYE DIRI DIER...TERUKNYE PERSONALITI DIER..JAUH DI SUDUT HATI..TETAP ADE RASE TANGGUNGJWB PD ORG MELAYU..
SEDARLA...FIKIR SKET ANAK CUCU...JANGAN FIKIRKAN KITE JE...
TOLONG SEBARKAN PADA SEKALIAN ORANG MELAYU...
SLMTKAN MARUAH MELAYU..
UBAHLAH SEKARANG....
PAS ATAU UMNO ATAU PKR DAH LAA....BERSATU LAAA ORANG MELAYU....
pkr mengganas...anwar kuarkan idea 'bernas'...orang umno hati panas...mca n mic pandai nak kipas...DAP tetap pilihan cina n india yang teratas...dorang sokong PKR tu ader 'nas'...
pernah satu tmpt dimana ahli parlimen cina berkata...saya luar saja BN..dalam hati DAP juga..kenapa melayu buta mata?gaduh je yang dorang suke..kenapa?...nak tunjuk yang korang berkuasa?padehal negara di hujung nyawa..bumiputera dinafikan hak sekeras-kerasnya...itu ke yang orang melayu suka?demonstrasi sini sana ...bikin kacau bilau satu negara...cina india duduk rumah gelak2 tgk brita...betapa orang melayu pun dah tak sekuat mana..mane melayu di masa muka?anak cucu korang gak yang jadi mangsa..
di perak satu hal...cina diberi tanah hak milik kekal...di mana undang2 tubuh negeri perak tak pnh melakukan perkara sebegitu yg tak masuk akal...skrg melayu yg rugi n tertinggal...MB pun satu...rujukla org2 atau undang2 yang dah dibekal...jangan buat keputusan yang tak masuk akal...smate2 nak tunaikan janji mase plihanraye yg dah terlafaz..
cina india otak bijak..skarang dorang sokong la PAS n PKR, lepas krajaan da jatuh,dorang akan pijak!
kalau anwar jadi perdana menteri..jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati...sape yang akan mengganti?ahli tertinggi PKR,cina dan india sedia menanti...orang melayu yang bijak n pandai n yg kuat PKR kan semua dah kuar parti...last2 cina india jadi perdana menteri..hak melayu slama-lamanya dinafi..di malaysia melayu jadi kuli..cina india suke hati lagi..ha melayu...nak sengih lagi?ade hati nak demonstrasi lagi?mase tu sape pun tak pdulipade dorang...lbih baik mlayu mati..
skarang cina india tgh menanti..paklah undur,najib jadi pengganti...tapi bila najib jadi perdana menteri..cina/india dah buat prangkap lagi...najib akan terjerat oleh skandal sendiri...tyme ni cina n india hentam najib sparuh mati...hentaman ini akan berlaku dikala krajaan blom tetapkan penerus generasi perdana menteri...
krajaan pade mase itu takkan dihormati...peristiwa 13 mei akan berlaku lagi...
ha melayu...gelak la lagi..bergaduh la sesame sendiri...
tak mustahil org melayu malaysia akan jadi spt org melayu di singapura...disekat keistimewaan di mana2..terabai seperti bangkai bernyawa..
SEDARLAH ORANG MELAYU...TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..TAK KISAHLA BN KE...PAS KE...TOLONG LA BERSATU PADU..NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ...TETAPI PASAL MARUAH BANGSA...PKR TU BONEKA JE..CINA INDIA SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...
TOLONG LA BUKAK MATE SKET!!!TAKYAH LA NAK GULINGKAN KERAJAAN...FIKIR LA SKET NASIB MELAYU..
DAH LA PEMERINTAH DAHULU PENAT2 NAK DPTKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU... ORANG MELAYU ...NAME PUN TANAH MELAYU OII...
SEDARLAH SIKIT...SAPE YANG NAK BELA MELAYU KALAU BUKAN ORANG MELAYU?SAPE????????CINA N INDIA BUKANNYE NAK BELA ORANG MELAYU...KORANG JE YANG TERHARAP2...
MELAYU AKAN BELA MELAYU..TAK KESAH LA BETAPA TERUKNYE DIRI DIER...TERUKNYE PERSONALITI DIER..JAUH DI SUDUT HATI..TETAP ADE RASE TANGGUNGJWB PD ORG MELAYU..
SEDARLA...FIKIR SKET ANAK CUCU...JANGAN FIKIRKAN KITE JE...
TOLONG SEBARKAN PADA SEKALIAN ORANG MELAYU...
SLMTKAN MARUAH MELAYU..
UBAHLAH SEKARANG....
PAS ATAU UMNO ATAU PKR DAH LAA....BERSATU LAAA ORANG MELAYU....
Posted by Hj anuar Hj safian at 2:39:00 PM 0 comments
Apa dah Jadi Dengan Zaid Ibrahim
- Saya begitu kesal mempunyai seorang menteri dari negeri sendiri yang tidak peka akan perkembangan dan kedudukan sebenar keamanan negara yang dicintai ini.
- Semalam dok sibuk mengungkit tentang keperluan menggunakan ISA (Internal Security Act) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan polis keatas 3 orang tahanan iaitu yang disyaki terlibat dengan perkara yang boleh mengaruhkan isu perkauman dalam negara kita.
- Mereka yang terlibat adalah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, Pengendali Laman Web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.
- Saya cukup heran apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Zaid Ibrahim selaku Menteri DiJabatan Perdana Menteri
- Baru-baru ini kemana perginya Zaid Ibrahim apabila keperluan untuk menyatakan pendirian tentang Majlis Peguam yang mengadakan seminar antara agama.
- Ketika kita sibuk memperkatakan tentang kedudukan agama dan islam dalam negara beliau hilang entah kemana. Tapi sebaliknya apabila kita sibuk membicarakan soal keamanan, dia pula berbicara sebaliknya..
- Guano pelik sangat ni....
Posted by Hj anuar Hj safian at 2:09:00 PM 0 comments
Wednesday, September 10, 2008
Kadang-kadang, Kita Baru Tersedar, Terima Kasih Dato Ahmad Ismail
Saya terpanggil untuk juga membicarakan tentang apa yang diucapkan oleh Dato Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang dalam isu hangat yang diperkatakan dalam media sehari dua ini berkaitan dengan orang cina adalah menumpang dalam negara ini dan tidak boleh memiliki hak samarata dengan orang melayu. Bagi saya isu ini, samaada ianya telah dimanipulasikan oleh akhbar sin chew jit poh kah atau dipermainkan oleh anggota parti Gerakan kah atau sengaja diperbesarkan oleh parti lawan dan pembangkang kerajaan kah itu tak penting. Yang penting ialah fakta dan sejarah yang nak diluahkan oleh Dato Ahmad sendiri selaku pemimpin bahagian dan pemimpin yang berada didalam sebuah negeri yang dipimpin oleh orang bukan melayu sejak begitu lama.
Kadang-kadang kita juga harus menghormati apa yang ditafsirkan sebagai luahan dari hati kecik sendiri yang telah lama berlegar-legar diminda Dato Ahmad(saya percaya), dan mungkin kita mengambil satu peluang untuk berfikir sejenak tentang apakah yang dikatakan oleh Dato Ahmad itu ada betul atau tidaknya didalam arus politik adu domba semasa yang saya kira orang bukan melayu sedang mencari kelemahan diatas kedudukan semasa yang tidak menentu.
Memang mengikut sejarah sepertimana yang terkandung didalam buku bertajuk "The Asian Godfathers, Money & Power in Hong Kong and Southeast Asia" tulisan Joe Studwell, mengatakan bahawa "kedudukan Semasa ekonomi Thailand, Malaysia, Indonesia, Filifina, Singapura dan Hongkong adalah disebabkan 2 faktor sejarah besar yang berlaku sejak kurun ke 18 iaitu penghijrahan dan kolonisma" . Didalam buku tersebut ia mengatakan bahawa penghijrahan besar-besaran telah berlaku pada pertengahan abad ke 19 daripada tanah besar negeri cina sehinggalah ke negara asia tenggara kerana dua faktor penting iaitu berlakunya perang candu yang berlaku 1839-42 dan diantara 1856-60 berlaku pembukaan pelabuhan kapal dagang wap disamping pembukaan pelabuhan baru kapal wap diasia tenggara. Pembukaan perkhidmatan kapal wap daripada Haikou di Hainan ke Bangkok sebagai contohnya menyebabkan begitu ramai orang china yang berketurunan Hainese di Thailand pada masa ini. dan daripada pengamatannya mengikut sejarah jumlah ini telah meningkat disebabkan oleh pembukaan industri -industri baru yang berasaskan timah dan perladangan oleh Inggeris yang ternyata telah banyak mewujudkan pelan pola pendudukan baru kepada Orang Cina dan India dirantau ini"
Maka bagi saya ini adalah bukan penemuan baru, dan semasa kemerdekaan terbentuk pun pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu pun sudah bersedia untuk berkongsi kuasa dengan parti-parti lain didalam PERIKATAN asalkan hak keistimewaan orang melayu, kedudukan raja-raja melayu, bahawa bahasa melayu dan agama islam di dalam negara ini tidak diancam. Dan ini terbukti apabila pengasas MCA pada masa itu iaitu;
Tun Tan Siew Sin, mengakui semangat toleransi UMNO untuk mewujudkan negara ini bersama-sama PERIKATAN melalui kata-katanya kepada Tunku; " Perlu saya katakan bahawa saya amat kagum dengan kemulian dan sikap tolak ansur pemimpin-pemimpin UMNO, lagipun ini juga adalah isu-isu yang sangat penting bagi mereka dan dalam keadaan getir begitu, mereka masih boleh bertolak ansur dan perpandangan jauh"
" Maka saya dengan ini akan memberi sokongan sepenuhnya kepada anda dan UMNO sehingga akhir hayat saya kerana anda dan rakan-rakan telah menunjukkan keihklasan yang tidak berbelah bahagi semasa melalui ujian getir itu, anda telah membuktikanya dengan tindakan anda, kami semua tidak mampu meminta lebih dari itu"
Oleh yang demikian kita semua harus sedar bahawa pemimpin-pemimpin dahulu adalah dari mereka yang sedar tentang diri dan kedudukan mereka dalam masyarakat negara ini, tetapi pada hari ini kita berdepan dengan pemimpin-pemimpin yang tidak sedar lagi akan kedudukan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak merdeka.
Dan sebagai tambahan kepincangan politik sedia ada, kita juga sudah mulai terhakis dan mungkin pupus untuk memiliki kriteria dan ciri-ciri kepimpinan bersuara seperti Dato Ahmad Ismail dalam UMNO dan Kerajaan.
Maka sedarlah.. ambo pun baru khaba...bekalih..
Posted by Hj anuar Hj safian at 1:33:00 PM 0 comments
Thursday, September 4, 2008
Syukur Pada Allah -Kurniakan Anak Merdeka
Dalam sehari dua ini, tak sempat sikit nak menulis kerana Alhamdullillah saya telah dikurniakan Allah SWT rezeki anak lelaki, dan lahir pada tanggal 31hb Ogos 2008, tepat jam 2.34 malam.Maka anak merdekalah ia,tapi tidaklah diberi nama Merdeka atau apa-apa yang berkaitan dengan merdeka macam zaman dulu-dulu, cukuplah dengan nama Ahmad Mikael Al-Ash.
Posted by Hj anuar Hj safian at 10:45:00 AM 0 comments
Saturday, August 30, 2008
BN- Bela Negara, Nilai Semula Nawaitu Kehidupan Rakyat
Saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri dan Presiden Parti atas pembentangan Bajet 2009 yang berlangsung semalam iaitu 29hb Ogos 2008. Pembentangan tersebut melihatkan satu perubahan besar tentang kelangsungan hidup yang harus diterima oleh pemimpin negara bahawa kita perlu melakukan perubahan tentang kedudukan ekonomi rakyat yang ternyata semakin hari semakin terhimpit disebabkan oleh kedudukan keadaan pasaran global minyak dunia sehinggakan kita amat terasa keadaan perbelanjaan sara hidup yang kian hari kian meningkat. saya melihat akan banyak ihsan dan bantuan yang diberikan dalam bajet tersebut sekaligus memungkinkan untuk menghilangkan sedikit keresahan bebanan yang ditanggung oleh rakyat termiskin.
Kalau 6 bulan yang lalu, saya membelanjakan RM150.00 setiap dua minggu,untuk membeli barangan dapur,tetapi sekarang ini saya sendiri terpaksa menghabiskan RM230.00 untuk membeli barangan yang sama. Ini menunjukkan satu jumlah yang besar iaitu kenaikan sehingga 53%.
Kita perhatikan diri kita sendiri sebelum kita memerhatikan orang lain, kerana sedikit sebanyak apabila kita perkatakan soal nawaitu kehidupan hari ini, kita seolah-olah tidak sedar tentang peranan yang harus dimainkan oleh kita sendiri selaku rakyat dalam negara yang tercinta ini, saya masih teringat apabila seorang rakan memberikan gambaran bahawa "orang tua dulu-dulu, apabila mereka bekerja samada mengusahakan sawah ladang, atau bercucuk tanam, atau apa-apa pekerjaan mereka, segala-galanya adalah untuk anak dan cucu, tanam getah atau padi 10 ekar untuk anak dan cucu, infact, tanam sayur pun untuk anak dan cucu".katanya.. "sebab itulah kehidupan mereka anak beranak, diberikan keberkatan oleh Allah s.w.t."tambahnya lagi. tetapi "Malangnya dunia hari ini, kita perhatikan segala yang dilakukan oleh kita adalah untuk diri kita sendiri, makan dan pakai keutamaan untuk diri kita, lepas itu baru anak isteri kita, cucu pun belum tentu"
Saya tersentak sekejap memikirkan tentang perkara tersebut, walhal dalam hati terasa kebenaran tentang apa yang diperkatakan oleh beliau. Oleh sebab itulah kita sama-sama memikirkan bahawa dalam apa sahaja perbuatan atau pekerjaan yang hendak dilaksanakan oleh kita semua harus bermula dengan niat ataupun nawaitu yang ikhlas sesuai dengan Hadis Rasullullah yang bermaksud "setiap perbuatan dan amalan itu haruslah bermula dengan niat".
Bagi pandangan saya, kerajaan yang ada pada hari ini, sekiranya mempunyai niat yang ikhlas dan betul untuk mewarisi negara dengan keamanan dan kesejahteraan demi anak dan cucu kita besok hari, sudah tentu Allah S.W.T akan memakbulkannya, kerana doa rakyat dan impian untuk melihat dengan kesedaran dan kesungguhan keatas segala perancangan yang akan dilaksanakan. Sebaliknya sekiranya kita berjuang hanya untuk setakat diri sendiri, demi periuk nasi sendiri, atau demi demdam kesumat, atau kerana perjuangan diri dan puak semata-mata, ianya tidak akan bertahan lebih lama, percayalah, kerana kita boleh dan mampu melihat sejarah yang sudah-sudah.
Sejarah tidak mengenal sesiapa , tetapi kita yang harus mengenal sejarah. Kerana kita sendiri boleh melihat bagaimana datuk dan nenek moyang kita mengusahakan segala-gala untuk generasi seterusnya, kalau tidak masakan kita berada dibumi ini pada hari ini, maka bersyukurlah, namun kita pula yang harus mewarisi nawaitu tersebut demi anak cucu kita yang akan datang.
Posted by Hj anuar Hj safian at 4:58:00 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Selamat Datang Ke Blog Malayquest
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelawat yang melawat laman blog ini, laman blog ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan citarasa masa kini tentang kedudukan orang melayu dan islam dalam negara kita. Sekiranya tuan puan serta saudara saudari mempunyai komen atau apa-apa bersangkutan tentang isu yang dikeutarakan silalah bersama-sama untuk membantu meningkatkan lagi dengan keihklasan untuk membawa orang melayu dan islam dalam negara kita ke tahap yang tertinggi dan sebenarnya....wassalam dan salam hormat
anuar hj safian..
anuar hj safian..