Monday, May 25, 2009

Pemuda Cabar Nik Aziz Serah Jawatan MB Pada Anuar Tan


Pemuda umno kelantan mencabar Nik aziz untuk menyerahkan jawatan MB kepada Dato Anuar Tan susulan daripada kenyataannya yg boleh menerima kaum lain dgn syarat beragama islam,warak,dan alim. Kalau sekiranya Anuar Tan boleh dilantik sebagai exco kanan kerajaan negeri sudah tentu Anuar Tan sudah pun memasuki kategori sepertimana yang disebutkan oleh Menteri Besar Kelantan itu. Sekiranya Nik Aziz benar-benar ikhlas pengundi Dun Kota Lama boleh mendesak Kerajaan Pas supaya mencuba memberikan peluang pada Anuar Tan untuk menerajui kelantan. Bagi pemuda UMNO pas negeri hanyalah beretorik dalam kenyataan yang dibuat semata-mata untuk menarik minat golongan kaum cina dan india untuk menyokong pas. "Kalau beliau jujur buktikan dulu" katanya kepada media selepas majlis perjumpaan Biro politik pemuda bahagian dalam negeri bersama pengerusi Badan perhubungan Umno negeri Dato Mustapa Mohamed.

1 comments:

adibeta said...

Sdr,
1.Sesuatu yg perlu difikirkan strategi menyerang peribadi atau menyerang dasar parti, manakah yg boleh lembut dan lunak,menarik perhatian ahli PAS lantas membuka minda mereka utk berbincang dengan kita..

2.Jika mereka 'dilenyet, dipukul terus menerus', kalau kuat kita akan disanggah, jika lemah mereka akan sanggup terima apa saja, tapi hati dan jiwa tetap 'mengeras'.

3.Lalu jika keadaanya begitu adakah segala maklumat sampai atau terus tersasar....

adibeta

Selamat Datang Ke Blog Malayquest

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelawat yang melawat laman blog ini, laman blog ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan citarasa masa kini tentang kedudukan orang melayu dan islam dalam negara kita. Sekiranya tuan puan serta saudara saudari mempunyai komen atau apa-apa bersangkutan tentang isu yang dikeutarakan silalah bersama-sama untuk membantu meningkatkan lagi dengan keihklasan untuk membawa orang melayu dan islam dalam negara kita ke tahap yang tertinggi dan sebenarnya....wassalam dan salam hormat
anuar hj safian..